Ramadhan Kareem

Siapa tahu berapa Syaaban hari ini?

16 Syaaban. Bererti telah berlalu satu perdua Syaaban. Bererti Ramadhan semakin hampir. Bulan di mana semua umat Islam dapat menghirup manisnya ni'mat beribadah secara beramai-ramai.

Suasana sambutan Ramadhan di Mesir jelas kelihatan. Kelihatan fanus-fanus (pelita) dijaja ditepi-tepi jalan. Taqwim waktu solat sudah mula diagih-agihkan. Satu kelainan berbanding tahun-tahun lepas, ada dijual patung Ramadhan Kareem -- watak sorang lelaki Mesir berbadan gempal, bermisai tanpa janggut. Unik.

Bukan sengaja memilih, tetapi terpaksa memilih waktu ini untuk memulakan perjalanan. Waktu agak sempit, namun hanya ini yang ada. Terima kasih kepada semua yang membantu. Lebih-lebih lagi yang membuka tangan apabila diri ini sangat memerlukan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih beerti dengan makna-makna yang mendidik jiwa.

Amiin ya Rabb!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman