Peringatan
Peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk. Kerana kita manusia. Dan Allah Tuhan kita. Kita manusia, maka keperluan kita berbeza mengikut peringkat usia, suasana dan masa. Allah Tuhan kita. Yang Maha Bijaksana, menegur hambaNya dengan cara yang paling sesuai dengan dirinya. Kegagalan kita untuk mengakui peranan hamba yang kita pegang akan buat kita lakukan pertimbangan-pertimbangan yang tidak matang. Maka kita ditegur dan disampaikan pesan dengan kaedah yang terbaik yang telah Allah tetapkan. 600mm belum tamat. Bahkan baru sahaja selesai satu bab daripada dua bab. Bab kedua adalah penentu, sama ada 600mm ini satu cita-cita yang berhasil atau tidak. Bila kita tiada agenda, maka kita sebenarnya memperjuangkan agenda orang lain tanpa kita sedari. Kita perlu ada agenda. Cuma mungkin kita boleh bekerjasama dengan agenda-agenda lain yang sehaluan. Saat tubuh mulai terbang melayang untuk menggapai bintang, maka datanglah pesanan-pesanan yang memegang kaki agar tidak terlalu jauh me