#Jan25: 10 hari pertama
Isnin, 24 Januari 2011 Saya tiba dari Sinai, jadi pengiring kepada rombongan dari Jordan. Tiba di rumah agak lewat malam. Sekitar jam 11.30pm. Dapat berita bahawa esok ada peristiwa besar akan berlaku. Selasa, 25 Januari 2011 Rupa-rupanya hari ini cuti umum sempena Hari Polis. Rentetan dari kejayaan di Tunisia dan pelbagai isu lain, kumpulan hak asasi manusia di sini menganjurkan Hari Kemarahan dengan beberapa tuntutan yang jelas. Antaranya ialah ganti Presiden dan bentuk kerajaan baru. Beberapa orang sangsi akan kejayaan protes ini. Akhirnya kesan protes dapat dirasai dengan sekatan pada Twitter. Rusuhan besar berlaku di beberapa tempat di seluruh Mesir, antaranya Tahrir (Kaherah), Iskandariah dan Suez. Dianggarkan akan berlaku rusuhan susulan selama tiga hari berturut-turut. Rabu, 26 Januari 2011 Rusuhan diteruskan. Twitter berjaya diakses pada waktu pagi sebelum ia disekat semula beberapa jam selepas itu. Facebook ditutup beberapa kali untuk tempoh yang sekejap. Dapa...