Catatan

#Jan25: 10 hari pertama

Imej
Isnin, 24 Januari 2011 Saya tiba dari Sinai, jadi pengiring kepada rombongan dari Jordan. Tiba di rumah agak lewat malam. Sekitar jam 11.30pm. Dapat berita bahawa esok ada peristiwa besar akan berlaku. Selasa, 25 Januari 2011 Rupa-rupanya hari ini cuti umum sempena Hari Polis. Rentetan dari kejayaan di Tunisia dan pelbagai isu lain, kumpulan hak asasi manusia di sini menganjurkan Hari Kemarahan dengan beberapa tuntutan yang jelas. Antaranya ialah ganti Presiden dan bentuk kerajaan baru. Beberapa orang sangsi akan kejayaan protes ini. Akhirnya kesan protes dapat dirasai dengan sekatan pada Twitter. Rusuhan besar berlaku di beberapa tempat di seluruh Mesir, antaranya Tahrir (Kaherah), Iskandariah dan Suez. Dianggarkan akan berlaku rusuhan susulan selama tiga hari berturut-turut. Rabu, 26 Januari 2011 Rusuhan diteruskan. Twitter berjaya diakses pada waktu pagi sebelum ia disekat semula beberapa jam selepas itu. Facebook ditutup beberapa kali untuk tempoh yang sekejap. Dapa...

Workflow

Imej
Orang kata buat apa yang kita suka dulu, kan? Well... Pernah alami situasi yang sama? P.s.: Highly inspired by  PHD Comics

Hari ketiga rusuhan #Jan25

Hari ketiga rusuhan #Jan25. Saya masih berkurung dalam rumah, merancang dan menyiapkan tugas-tugas yang sengaja ditangguhkan sehingga tamat peperiksaan. Maka, saya tak berapa tahu suasana di luar. Menurut berita di Internet, keadaan seolah-olah sangat huru-hara. Tapi di kawasan Hayy Al-Asyir, tempat tinggal ramai pelajar Malaysia, suasana kelihatan tenang. Seolah-olah tiada apa-apa yang signifikan sedang berlaku. Apa-apa pun, berkurung dalam rumah tak dapat menyelesaikan segala tugas. Otak perlukan udara luar. Mata perlu berehat dari pandangan yang disekat dengan dinding rumah. Momentum pasca-imtihan makin lemah. Sepatutnya ia tak selemah ini. Banyak urusan yang dirancang. Moga dipermudahkan, insyaAllah. P.s.: Daging masak lada hitam memang sangat sesuai untuk musim sejuk.

Bagaimana mengikuti perkembangan rusuhan #Jan25?

Mesir sedang dilanda rusuhan rakyat sempena Hari Polis yang bertukar menjadi Hari Kemarahan. Seperti biasa, media utama tak boleh diharapkan untuk mendapat maklumat terkini. Media alternatif Twitter pula telah disekat. Jadi bagaimanakah caranya untuk mendapatkan maklumat terkini tentang apa yang sedang berlaku sekarang? Buka Google Realtime Taipkan #Jan25 #Jan25 merujuk kepada 25 Januari, iaitu semalam, hari bermulanya rusuhan ini. Para perusuh sepakat untuk tidak menukar #Jan25 kepada #Jan26 untuk memudahkan masyarakat antarabangsa mengikuti apa sebenarnya yang berlaku di Mesir sekarang ini. Apa-apa pun, peringatan khas untuk rakyat Malaysia di Mesir: Pastikan anda tidak menghampiri kawasan rusuhan. Anda dinasihatkan tidak keluar bersiar-siar melainkan untuk keperluan. Untuk perjalanan keluar dari kawasan perumahan, anda dinasihatkan membawa bersama pasport.  Elakkan dari melakukan apa-apa hal yang mencurigakan.  Doakan yang terbaik untuk semua.

Selepas imtihan

Sejuk. Sangat. Alhamdulillah, imtihan telah selesai. Selesai dengan perasaan yang bercampur baur. Biasalah. Tapi mohon maaf sangat-sangat pada manusia-manusia yang terkena tempias angin peperiksaan. Memang, ia lain macam sedikit. Astaghfirullah. Ingatkan cukup kuat untuk terus cergas selepas balik dari imtihan semalam. Mula-mula sampai rumah, ok. Lama sikit, kepala mula rasa lain macam. Berat. Terpaksa mengalah. Kerana pada tubuh juga ada hak yang perlu ditunaikan. Tapi tetap sempat bentangkan apa yang akan berlaku dalam dua minggu ini. Boleh dikatakan agak padat. Perlu persiapan mental dan fizikal. Kebetulan Ustaz Abdullah Zaik ada bercerita tentang keseimbangan . Memang perlu sentiasa muhasabah agar tidak hanyut. Melihat ke depan, 26 Januari akan bermula Pameran Buku Antarabangsa Kaherah yang akan berlangsung sehingga 8 Februari di Cairo International Conference Center, bukan di tempat biasa. China sebagai VIP. Kemudian, kuliah akan berjalan seperti biasa....

Macam mana nak hubungkan blog ke Twitter dan Twitter ke Facebook? [KEMASKINI]

Macam mana nak hubungkan blog ke Twitter? Macam mana nak paparkan link ke blog secara automatik di Twitter, sebaik sahaja tulisan disiarkan? Ada beberapa web apps yang boleh membantu. Saya gunakan TwitterFeed . Anda perlu daftar dan boleh hubungkan lebih dari satu blog ke akaun Twitter anda. Apa yang anda perlukan ialah alamat RSS blog, atau nama lainnya Feed. Bagi pengguna blogspot, alamatnya adalah seperti ini: http://nama-blog.blogspot.com/feeds/posts/default Di mana nak dapat alamat ini? Cuba scroll ke bawah blog anda dan anda akan dapati satu link yang bertulis 'Subscribe to: Posts (Atom)'. Di sini juga anda boleh hubungkan blog dengan akaun Facebook, tetapi saya ada satu cara lain untuk saya kongsikan. Macam mana nak hubungkan Twitter ke Facebook? Macam mana nak paparkan apa yang ditulis di Twitter secara automatik di Facebook? Saya gunakan Facebook app Twitter . App ini akan memindahkan secara automatik apa yang anda tulis di Twitter terus ke Facebook profile an...

Pedih

Sehangat embun Sedingin mentari Secerah malam Segelap siang Sehingar sunyi Setenang riuh *** Pada jiwa yang mencari Akan tetap mencari Hanya berani berhenti Saat hidup bertemu mati Pada jiwa yang menanti Akan tetap menanti Hanya berani berhenti Saat hidup bertemu mati *** Kayuh tetap kayuh Walaupun telah lumpuh Kayuh tetap kayuh Luka harus sembuh *** Berpinar akal,    Mencari jawapan; Berpinar hati,    Bertanyakan soalan. *** Setiap goresan Akan ditanyakan Ramadhan Awang Hayy 10, Cairo