Catatan

Pengumuman

Imej
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Ar-Rum: 21)

Legasi

Quick update. Dulu, bila mula sampai di sini, tanam azam, agar kepulangan nanti adalah kepulangan yang dikenang orang. Maka, semangat untuk kerja sungguh-sungguh. Tinggal legasi, bak kata orang. Tapi, hari ini, bila kepulangan itu semakin hampir, tak lagi berazam hal yang sama. Kini, sangat harap, kepulangan nanti bukanlah kepulangan yang disedari. Gerak kerja tetap tak cacat, dan posisi kini ada yang mengganti. Yang ditinggalkan dapat bergerak terus tanpa terkesan.  Lebih cekap, lebih baik. Inilah yang saya belajar dari hidup. Setiap hari, ada pedoman yang boleh diteladani. Apa yang saya utarakan hari ini, esok nanti, mungkin berubah lagi. Harapnya Ar-Rahman akan menuntun ke arah yang lebih baik, amiin.

2012

2011 banyak berlaku kejadian tak terjangka. Full of surprises. Dan saya tak fikir 2012 akan dapat saya lalui dengan lebih mudah. Usia bertambah seiring dengan tanggungjawab. Tanggung sekarang, jawab kemudian. Bila di sana kelak. Ada beberapa perkara yang saya tunggu sepanjang 2012: 1. Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-13 2. Presiden baru Mesir 3. Pulang ke Malaysia Saya harap tuan-tuan turut doakan yang terbaik untuk semua orang. حسبنا الله ونعم الوكيل

Ancaman Facebook

Imej
Assalamualaikum wbt. Sudah lama saya biarkan blog ini tanpa tulisan baru. Memang disengajakan, untuk beri laluan kepada urusan yang lebih penting. Tapi hari ini ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Yang memaksa saya untuk meninggalkan sedikit pesan kepada tuan-tuan sekalian. Ancaman Facebook Semakin hari semakin banyak urusan kita bergantung dengan Facebook. Jika sebelum ini Facebook hanya digunakan untuk mencari kawan lama, kini ia menjadi alternatif kepada medan perbincangan menggantikan medan seperti e-mail group dan forum board . Bahkan untuk sesetengah situasi, adalah lebih mudah untuk menghubungi seseorang menggunakan Facebook Message berbanding SMS, e-mel dan selainnya. Satu asas yang penting dalam menggunakan teknologi yang patut kita semua pegang adalah, kita yang sepatutnya mengawal teknologi tersebut, bukan sebaliknya. Sesetengah orang begitu ghairah dengan respon yang mereka terima dari pengguna-pengguna Facebook yang lain sehinggakan terlupa bahawa d...

Ramadhan sepanjang tahun

Lama tak manfaatkan ruang ini. Tidak ada apa-apa yang berubah. Cuma kesan dari beberapa peristiwa buat saya mengambil beberapa posisi sementara menunggu situasi reda. الواجبات أكثر من الأوقات Fi'lan. Sebagai lelaki, pertambahan usia diiringi dengan pertambahan tanggungjawab. Tak hairanlah jika ada yang bertanya kepada sekelompok orang dewasa, "Siapa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak?" maka lelaki yang lebih cenderung untuk berkata 'ya'.

Hantar barang dari Mesir ke Malaysia

Syarikat Darul Bayan/Humaizi menawarkan khidmat penghantaran barang dari Mesir ke Malaysia melalui jalan air pada harga LE190 sekotak (kotak disediakan). Untuk makluman lanjut, sila hubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

Meraikan sebuah kemenangan

Alhamdulillah, selesai sudah sebulan madrasah Ramadhan. Pengalaman yang sangat berharga. Setiap Ramadhan menjanjikan pengalaman yang baru. Untuk melihat kehidupan dari sisi-sisi yang dilupakan. Selesai solat raya, amalan ziarah menziarahi mewarnai keindahan sepanjang hari lebaran. Terasa kehangatan dan kemesraan antara yang mengunjung dan yang dikunjung. Semua bergembira tanda meraikan sebuah kemenangan. Kemenangan yang memenangkan iman ke atas nafsu. Kemenangan yang memenangkan fitrah ke atas kebobrokan hasutan syaitan. Moga ia adalah kemenangan yang benar. Cabaran yang sebenar adalah mengekalkan kemenangan. Tak ada makna andai sebulan kemenangan disusuli dengan sebelas bulan kekalahan.