Adobe Illustrator

Smart Layers display the filter without alteri...Image via Wikipedia
Masih lagi bergelut dengan mata untuk tidur.

Rata-rata mengenali apakah itu Adobe Photoshop. Sebuah program grafik yang sangat terkenal kerana kemampuannya untuk menghasilkan dan memanipulasi imej dengan hebat. Bagi yang pernah menggunakannya pasti tidak akan lagi mencari program lain yang seumpama dengannya.

Masih lagi di bawah syarikat yang sama, Illustrator pula berada dalam kelasnya yang tersendiri. Dalam dunia grafik komputer, terdapat dua jenis imej yang ada. Iaitu imej raster dan imej vector.

Secara mudahnya, imej raster adalah imej yang terbentuk oleh petak-petak kecil yang dinamakan pixel. Maka, apabila kita zoom pada imej tersebut pada kadar zoom yang tinggi, yang terlihat hanyalah petak-petak kecil dengan pelbagai warna.

Vector pula imej yang dibentuk oleh formula-formula matematik. Sebagai contoh, imej vector yang berbentuk bulatan. Apabila anda zoom pada bingkai bulatan tersebut, yang kelihatan adalah bentuk bingkai yang licin. Tidak berpeta-petak sebagaimana imej raster.

Walaupun dengan Photoshop, anda boleh juga menghasilkan imej vector, tetapi tugas ini lebih didominasi oleh Illustrator. Untuk penghasilan icon-icon dalam laman web atau program komputer sebagai contoh, Illustrator lebih sesuai digunakan berbanding Photoshop.

Apa jua program, ia terpulang kepada penggunanya sama ada untuk menghasilkan bahan yang berkualiti dengannya atau tidak. Sebatang pensel mungkin tidak dapat dimanfaatkan oleh seseorang melainkan untuk menulis. Tetapi, di tangan seorang yang kreatif, dengan pensel, dia bukan sahaja boleh menulis dan melukis, bahkan boleh juga di susun menjadi arca dan sebagainya. Sekadar membawakan satu contoh.

Apa yang cuba saya bawakan di sini ialah sebuah portfolio seorang designer yang menggunakan Adobe Illustrator untuk menghasilkan karyanya. Ia sungguh memberi inspirasi kepada saya untuk lebih... Rajin...!

Khulsey | Technical Illustration


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman