Pra AidilAdha 1429H

Kemeriahan AidilAdha mulai terasa. Jika kehadiran AidilFitri dirasakan dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan, kemeriahan AidilAdha pula dirasakan dengan kehadiran binatang-binatang korban ke Kompleks Pelajar Malaysia, Kaherah, Mesir.

Lebih kurang 22 ekor kambing dan biri-biri dan enam ekor lembu sudah berada di sini sebagai persediaan untuk menyambut AidilAdha. Kawan-kawan bergilir-gilir menjaga haiwan-haiwan ini agar tidak berlaku kejadian kambing atau lembu terlepas, juga untuk mencegah daripada berlakunya kecurian.

Ini adalah satu pengalaman istimewa belajar di sini. Pengalaman menguruskan program ibadah korban sempena AidilAdha. Ada yang ditugaskan untuk mencari binatang korban, menjaga, memberi makan dan sebagainya sehinggalah daging-daging korban tersebut selesai dibahagi-bahagikan.

Dikhabarkan petang ini beberapa ekor unta akan sampai ke perkarangan kompleks ini.

* Lawat galeri gambar saya di atas untuk gambar-gambar sekitar kompleks menjelang AidilAdha.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman