Tukar templates

Waza baru saja tukar template blognya. Oh, saya rasa teruja kerana saya turut terlibat dalam proses penukaran tersebut. Kalau diikutkan hati, mahu saja saya tukar templates blog ini setiap hari. Tapi, bimbang juga kalau-kalau perbuatan tersebut akan mengelirukan pembaca. Bahkan saya sendiri mungkin terkeliru.

Lalu saya sabarkan diri saya. Lantas membuat keputusan untuk mulakan pengundian. Bermulanya tahun 2009, saya akan gunakan template yang lain, insyaAllah. Maka saya pilih templates yang saya berkenan dan minta jasa baik anda untuk memperincikan pilihan.

Mujur hanya dua yang saya berkenan di hati setelah merayau-rayau di BTemplates.com sebentar tadi.


Pertama: Elegance
Ia ringkas dan kemas. Cuma warnanya kurang menyerlah berbanding template lama. Sungguhpun begitu, pemilihan warna yang lembut lebih mententeramkan mata yang memandang.


Kedua: Masinop
Sungguhpun namanya agak pelik, namun templates ini berjaya mencuri hati saya berikutan ciri-ciri keseniannya. Sukar untuk saya terangkan dengan kata-kata apa yang membuatkan saya tertarik dengan design seperti ini. Ia kelihatan lebih Web 2.0 berbanding templates lain. Adakah penerangan seperti ini membantu?

Ruang undian saya sediakan di ruang sebelah kanan blog ini. Terima kasih.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Emm...kl gitu kita tukar sama2 la.sebut je tarikh mane.

    BalasPadam
  2. Saya nak tukar 1 Januari 2009. Nak join ke? :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman