Video konspirasi

Adam Weishaupt IlluminatiImage via Wikipedia

Sepetang melihat video-video yang berkaitan dengan konspirasi yang didalangi Illuminati, sebuah pergerakan rahsia antarabangsa yang mengawal kuasa besar untuk menguasai dunia.

Benar, semua fakta yang ditampilkan perlu ditapis kembali, namun, berasaskan video-video tersebut, ada beberapa perkara yang perlu kita perhatian apabila kita berdepan dengan media antarabangsa, khususnya yang datang dari Amerika Syarikat:

1. Bentuk segitiga atau piramid.
2. Gambar atau lambang mata tunggal.
3. Gambar jangka lukis dan buku yang terbuka.
4. Lantai petak-petak hitam putih.
5. Frasa "New world order".
6. Gaya bersalam.
7. Gaya tangan yang mengangkat jari telunjuk dan kelingking sambil mengenggam jari lain.
8. Angka 9 dan angka 11 yang merujuk kepada kes 11 September 2001.

Apa faedahnya mengetahui semua ini?

1. Keyakinan bahawa musuh Islam berjaga malam untuk menguasai dunia dan musuh utama mereka sekarang adalah Islam setelah masyarakat Kristian sudah porak-peranda.
2. Mencetuskan kepekaan kepada kita akan tipu daya musuh yang halus dan meluas. Anda mungkin tidak akan percaya betapa jelas dan terangnya mereka cuba membasuh minda umum untuk menerima rancangan jahat mereka.
3. Dapat membezakan antara haq dan batil secara jelas. Freemasons, illuminati adalah pergerakkan yang jelas memuja syaitan dan mengadakan ritual-ritual yang melibatkan darah dan nyawa.

Sungguhpun sekarang mereka tampak hebat, namun umat Islam tidak sepatutnya panik tetapi perlu ada kesedaran dan perancangan yang tersendiri untuk memahami dan mengatasi serangan-serangan yang mereka lancarkan. Ya Allah, peliharakanlah iman kami, ya Rabbal Alamiin!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman