Sebelum berangkat...

Map of Sinai Peninsula with country borders shown.Image via Wikipedia

"Sila bawa pakaian yang paling panas kerana suhu di Sinai sejuk giler... Wow!"



Demikian SMS dari Khai. Saya sedang buat persiapan terakhir. Bekalan makanan, pakaian dan aksesori yang penting telah disiap dan dimuatkan ke dalam beg. Tinggal lagi persiapan fizikal perlu dilakukan. Perut perlu dibersihkan dan air perlu diminum, tapi tak boleh minum banyak.

Berkelana jauh dari rumah memberi ruang kepada diri untuk muhasabah. Jarak perjalanan yang panjang membataskan aktiviti yang boleh dilakukan secara fizikal sekaligus memberi ruang yang lebih luas kepada mental untuk beraksi. Semoga perjalanan ini adalah perjalanan yang menambah kesan positif ke dalam diri.

Checklist:
1. Baju sejuk
2. Snow cap
3. Sarung tangan (H punya)
4. Lampu suluh (F punya)
5. Kamera
6. Bateri -- kalau ada spare lagi bagus...
7. Berus gigi dan ubatnya -- oho, belum beli lagi...
8. Bekalan makanan dan minuman
9. Pasport dan kernih (kad metrik)
10. Mushaf -- patut yang ini duk atas skali...
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman