Jumaat, hari untuk bertelefon

TerengganuImage by ^^D i l a via Flickr
Alhamdulillah, dapat juga saya berbual dengan keluarga di Malaysia. Walaupun pada awalnya ada masalah teknikal -- yang sangat-sangat merosakkan mood saya, tetapi, dengan izin Allah segalanya teratasi.


K.nor rancak memberitahu perihal Taman Desa Pusu Tiga yang dua minggu lepas dilanda banjir. Katanya, ada gotong-royong di sana siang tadi. Bagaikan terbayang dibenak bagaimana suasana di sana. Dengan lumpur yang berbau, perabot-perabot yang berselerakkan... Oh, moga Allah Subhanahu wa Taala memudahkan urusan kalian.

Kebetulan hari ini berlangsungnya majlis pertunangan A.reeh dan K.maryam. A.reeh adalah sepupu saya di Pulau Pinang. Sepanjang hayat saya, baru dua kali saya bertandang ke rumahnya (tidak termasuk ketika bayi dahulu). InsyaAllah, jika ada kelapangan, akan saya bertandang lagi ke sana. InsyaAllah...

Dalam membayangkan kemeriahan majlis pertunangan tersebut, C.da dan A.ngah sudah pun bergegas pulang ke Besut kerana perlu menjaga Tok. Saya berazam untuk sentiasa mengiringi doa untuknya setiap kali selesai solat. Allahumasyfi jaddati, syifa-an la yughadiru saqaman wala alama.

A.yed banyak bertanya perihal Internet, walhal dialah yang mengajar saya banyak perkara. Biasalah, perkembangan teknologi terlalu cepat. Tertinggal setahun sudah membuatkan kita terpinga-pinga untuk kembali mengikuti arus. Antara yang dibincangkan adalah soal image hosting, kelajuan Internet dan beberapa perkara bersangkutan dengan game. Kalaulah dia tahu tentang petua limau purut yang baru saya dapat semalam... Haha...

Saya sangat rindukan anak saudara saya. Apa khabar mereka? Atifah, Asyraf, Sarah, Atif, Fatir dan yang bakal K.wa lahirkan bulan ini, insyaAllah... Kalau ada sedikit foto, tentunya boleh meredakan rindu ini.

Seronok bila tahu yang keluarga di Malaysia turut mengikuti blog ini. Terasa bagaikan separuh matlamat utama diadakan blog ini telah tercapai. Tinggal lagi separuh yang lain untuk memaksimakan manfaat dari blog ini. Untuk saya yang menulis dan untuk awak yang membaca.

Gbah baru sahaja selesai SPM. Akan ke kem UTP. Kemudian PLKN. Kami berbual rancak tentang menentukan halatujunya selepas ini. Sebagai anak bongsu, tentunya banyak pandangan yang perlu didengar. Mama Baba, kakak-kakak, abang-abang, ayah dan mak saudara, sepupu-sepupu dan kawan-kawan. Tak lupa juga pandangan guru-guru. Tapi, yang penting, pilihan hati dan suluhan Ilahi melalui istikharah. Mintalah pandangan orang, buatlah istikharah, kemudian apabila mula melangkah, tawakkallah kepada Allah. Ke mana lagi yang kita tuju kalau tidak kepadaNya?

Ala kulli hal, semoga hari ini akan menjadi jambatan kebaikan untuk esok yang lebih baik. Siiru 'ala barakatillah...

Wassalam.


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Emmm..petua limau purut...Bl agaknya blh amal ye?

    BalasPadam
  2. huhu..petua baru lajar smlam..ish ish ish.. tak leh praktik ag bg madan n the geng yg lum..... :D

    hehehe

    BalasPadam
  3. Haha...
    Nak ajar cara buat air limau purut yang sedap pun salah ke?
    (Skill cover)

    Haha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman