Berniaga cara Tauhid wa Nur

Citibank N.A.Image via Wikipedia
Baru sahaja pulang dari menyelesaikan beberapa tugasan. Siang yang pendek memaksa saya menangguhkan juga satu urusan yang telah lama tertangguh.


Pada mulanya saya ke Citibank di Abbas Aqqad untuk membayar bil Internet. Inilah kelebihan melanggan khidmat Internet dengan syarikat LinkDSL. Kaedah pembayarannya yang pelbagai menarik minat saya. Kami cuma berhubung melalui telefon dan e-mel. Saya masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, saya menelefon syarikat ini atas nama eksperimen untuk cuba memasukkan talian Internet ke rumah. Alhamdulillah, kami dapat memanfaatkan banyak perkara melalui eksperimen itu.

Cuma satu perkara yang saya terkilan, ketiadaan mesin bayaran automatik EZ Machine. Ketika mesin ini masih beroperasi, saya boleh buat bayaran di Saraq Mall dan kemudian saya boleh singgah di Technology Mall untuk meninjau harga barang komputer. Malah, bayaran melalui mesin ini lebih cepat sampai berbanding melalui Citibank. Ah, tak guna ditangisi perkara yang sudah tiada...

Selesai urusan pembayaran, saya singgah di kedai makan dan kemudiannya menuju ke pasaraya Tauhid wa Nur untuk membeli barangan musim sejuk. Oh, saya berkenan dengan sehelai jaket yang cukup tebal untuk memanaskan tubuh saya di musim sejuk ini. Oh, ini sudah bagus.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah sistem yang digunakan di Tauhid wa Nur. Pelanggan akan memilih barangan yang ingin dibeli, kemudian pekerja di sana akan membuat resit. Barang yang ingin dibeli akan dihantar ke satu tempat dan pelanggan akan mengambilnya di situ selepas membayar resit tersebut. Untuk membayar, pelanggan perlu ke khazinah dan pekerja di sana akan menguruskan urusan pembayaran dan akan mengecop pada resit sebagai tanda anda sudah membayarnya.

Berbekalkan resit yang sudah dicop, pelanggan boleh mengambil barang yang sudah dipilih di tempat yang dikumpulkan barang belian tadi.

Kira-kiranya, prosesnya lebih kurang begini, pilih barang, buat resit, barang akan diambil pekerja, bayar di khazinah dan tuntut barang di tempat pengumpulan barang.

Unik, kan?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman