Tempahan ditutup

Geocaching T-shirtsImage by BlazerMan via Flickr
Ada nuansa yang berbeza bergelora dalam jiwa tatkala melihat anak perempuan kecil menaiki tangga sambil dipanggil kakaknya, "Ta'ali... ta'ali..." Dia terpaku di tangga saat saya melihat dan mengagahnya. Ingatan terus melayang teringatkan Ifah, Asyraf, Sarah, Atif dan Fatir. Juga K.wa yang sedang menunggu hari sekarang ini.


Ada pengumuman yang ingin saya buat. Tempahan untuk MuslimT ditutup secara rasmi pada hari ini. Saya akan hantar semua tempahan kepada Dr.Abduh untuk diselesaikan urusan yang seterusnya. Sejujurnya saya sedikit kecewa dengan sambutan yang diterima. Barangkali kesilapan di pihak saya kerana tidak menggunakan kaedah promosi secara gerila. Ini bukan main-main. Memang ada kaedah pemasaran yang dipanggil Guerrilla Marketing Strategy. Lagipun ini tempahan pertama. Juga termasuk salah satu eksperimen yang dijalankan Rumah Sewa 700. Jika batch pertama ini berjalan lancar, tentunya batch-batch lain akan menyusul. InsyaAllah.

Terima kasih kepada yang buat tempahan. Saya tunggu kasih yang lain jika tempahan dibuka semula. Haha.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman

Hari yang memenatkan