Tips Twitter di blog

Image representing Twitter as depicted in Crun...Image via CrunchBase
Anak-anak Arab kelihatan gembira petang ini. Seorang melaung-laungkan kata-kata yang berima, sedang yang lain menyambutnya dengan, "La la la la..."

Sejuk dan debu membalut tubuh mereka yang keluar berjalan hari ini. Siapa yang menjemur baju pasti perlu membilas semula dengan air. Baju akan jadi berpasir dan kuning.

Kita terus sahaja ke persoalan utama. Bagaimana memasang Twitter di blog?

Pertamanya, sudah tentu anda perlu membuka akaun di Twitter. Prosedurnya sama seperti mendaftar di web-web lain.

Apabila sudah selesai, klik pada Settings dan skroll ke bawah sehingga anda bertemu dengan ruang More Info URL yang anda perlu masukkan alamat blog atau laman web anda di sana. Klik pada You can also add Twitter to your site here.

Rasanya, dari sini anda sudah boleh bawa diri.

Maklumat tambahan. Bagaimanakah caranya untuk update Twitter melalui telefon bimbit?


Bayangkan jika talian Internet terputus. Atau anda perlu meninggalkan rumah beberapa hari dan tidak berpeluang untuk mengakses Internet. Tapi, anda masih ingin sampaikan maklumat atau mesej kepada rakan anda. Tak kira sama ada pesanan, atau ucapan tahniah, atau sebagainya. Pokoknya, anda perlu menulis sesuatu pada blog anda (selepas Twitter dipasang di blog).

Login akaun Twitter anda. Kemudian pilih Settings dan klik pada Devices. Ikut prosedur yang telah ditetapkan dan anda akan dikehendaki menghantar kod pengaktifan melalui SMS ke nombor yang tertera. Mudah, kan?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman