Bila sendirian...

Kemasik Beach, in the town of Kemasik, Kemaman...Image via Wikipedia
Senior saya berpesan, sekiranya sendirian, dan jiwa cenderung untuk berbuat kemaksiatan, maka beredarlah dan pergilah ke tempat yang ramai orang. Kerana biri-biri yang sendirian lebih mudah diterkam serigala.


Semua kawan-kawan serumah ada hal masing-masing dan saya sendirian di rumah. Dengan adanya Internet 24 jam, tentunya mudah terpesong bila sendirian. Maka, kaki ini menapak ke perkarangan kompleks.

Saya mencari-cari unta yang dikhabarkan akan tiba petang tadi. Dalam poket saya tersemat rapi kamera, bersedia untuk bertugas. Tiada unta yang kelihatan. Hanya bilangan lembu dan kambing yang semakin bertambah.

Mata saya juga melilau mencari kelibat seorang kawan yang saya berjanji ingin berikannya jarum dan benang padanya petang tadi. Tapi, janji tinggal janji. Saya terlupa petang tadi. Dia dah balik rumah agaknya... Maafkan saya...

Maka saya mengubah haluan ke Rumah Terengganu dengan niat untuk menziarahi kawan-kawan. Tiada apa-apa yang menarik berlaku melainkan sembang-sembang hingga larut malam.

Tapi, itulah hikmah hidup bermasyarakat. Apabila kita terlalu banyak bersendirian, kejanggalan demi kejanggalan akan berlaku. Apatah lagi bila ditimpa masalah yang berkaitan emosi dan perasaan. Dengan berhubung dengan manusia lain akan membuat masalah yang besar terasa kecil. Bahkan masalah kecil boleh menjadi besar jika terlalu difikirkan sendirian.

Nasihat yang ringkas dan praktikal.

Anda ada nasihat lain yang ringkas dan praktikal? Kongsi la dengan kami di sini.

* Takziah buat pasangan perubatan yang diuji dengan ujian yang berat. Terima kasih kepada Dr. Zaty kerana melaporkan.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman