Selamat pengantin baru!


Setengah jam sebelum hari ini berakhir, saya baru tersedar bahawa saya masih belum menulis apa-apa pada hari ini. Mujur S memberitahu.

Seekor lembu ditumbangkan pagi ini di perkarangan Rumah Terengganu. Selesai urusan melapah dan memotong daging, saya bergegas ke Bawabah untuk menghadiri majlis gabungan sambutan hari raya, walimatul urus dan aqiqah. Suasana begitu meriah terutama ketika kehadiran kumpulan nasyid yang sentiasa berubah-ubah ahlinya melainkan solo utamanya. Saya meminta izin untuk pulang setelah persembahan nasyid tamat. Kebetulan orang terlalu ramai dan saya pula sudah lama di sana.

Menjelang malam, saya menerima kunjungan dari Tanta. Seronok betul bertemu dengannya. Keceriaan bertandang di mana sahaja dia singgah. Semoga Allah merahmati kamu.

Ada satu peristiwa yang besar berlaku hari ini. Kawan saya, Azizi selamat diijabkabulkan pada pagi ini dengan calon pilihan hatinya, Nurhura di ARMA. Saya tidak menghadiri majlis tersebut. Cukuplah dua teman serumah sebagai wakil.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang janggal di kalangan kami. Bahkan ia sentiasa menjadi bahan gurauan sesama kami. Apatah lagi jika gurauan itu benar-benar terjadi. Makin galaklah kami bercanda bersama. Tentunya di sini ditetapkan beberapa garis panduan untuk melicinkan urusan di samping matlamat yang lebih besar iaitu mendirikan rumah tangga mengikut batas syariat yang ditetapkan. Bak kata F, "Pendidikan anak-anak bermula sejak memilih bakal isteri."

Maka, saya mengambil kesempatan ini untuk mendoakan mereka berdua dengan doa, "Barakallahu lakuma, wa baraka alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair."
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. boleh tahu, nurhura ex-smaasza ke,atau nurhura lain?ada junior yg namanya nurhura di smaasza dulu,tp x pasti dia belajar kat mana skrg...

    BalasPadam
  2. Nurhura X-SMAASZA. Rasanya la... :) Sebab saya sendiri belum berjumpa dengan pengantin lagi ni. Banyak soalan nak tanya... :D

    BalasPadam
  3. Rasenye Pengantin wanita Norhura bt Adam,satu batch dgn adik Wan Othman.ex-SMAASZA jg la.anyway, ta'kid dl dgn suami dia,tokqizone's.
    emm...ramai doh adik2 yg langkah bendul ni.KITE,bl lagi???

    BalasPadam
  4. Thanks for the info. Kite? Oh, nantilah... Tua tak semestinya kahwin dulu... Haha...

    BalasPadam
  5. emm.. nurhura adam ke?? waa.. dah kahwin ek.. betul kate ibnuziyad, adik2 langkah bendul dah.. ngeh3..

    BalasPadam
  6. Adik-adik sekarang memang dah kurang hormat abang-abang ni... Isy isy isy...

    BalasPadam
  7. hehe.. k.shibul ni.. publish plak dia.. moga2 cegitu lah.. doakan saya dipermudahkan semuanya utk mende baik ni.. sorry akhi RdhanZ, ter'comment' yang kak shibul kt blog anta.. ngeh3.. mohon permisi.. salam..

    BalasPadam
  8. Oho, takde masalah. Meriah sikit blog ni. Hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman