Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Ramai yang berselera untuk memetik dan menuai, tak ramai yang sudi membajak dan menyemai.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Walimah Khai dan Amalina

Imej
Silap planning. Sepatutnya bertolak dari Tanjung Malim lebih awal. Pada awalnya Firdaus pelawa untuk jemput di Gopeng. Tapi saya agak lewat. Maka urusan itu diamanahkan pada Syed Salahuddin. Tiba di Gopeng saat azan Asar berkumandang. Bila tiba di rumah Khai, kerusi dan meja sudah disimpan. Tinggal lagi khemah belum dileraikan. Khai muncul dengan wajah yang berseri-seri tanpa baju pengantin. Selain saya dan Syed Salahuddin, ada Husin bersama kami. Adat orang datang lewat, tak boleh duduk lama-lama. Tuan rumah dah nak kemaskan barang-barang setelah seharian kepenatan melayan tetamu yang datang ramai serentak. Mujur Khai ni kawan sebilik di Mesir. Tak lah segan sangat bila dipelawa makan dalam rumah. Memang lepas ni, cubalah jangan datang kenduri lewat-lewat. Kesian tuan rumah. Sekarang saya sedang dalam bas menuju ke Butterworth. Penat mulai memamah otot-otot. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Permata hati

Imej
Perjalanan semalam sangat meletihkan. Bas dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur tiba lewat, dan bergerak agak perlahan dari yang dijangkakan. Tiba di Bukit Jalil, saya naik LRT ke Bandar Tasik Selatan dan naik komuter ke Rawang. Tiba di Rawang, komuter ke Tanjung Malim lambat bergerak. Entah apa yang ditunggu. Tiba di Tanjung Malim, perut tiba-tiba meragam. Masuk angin, agak saya. Mujur Kak Wa dan Abang Fidli tak ambil masa yang lama untuk tiba di stesen. Penat memang penat. Tapi bila bertentang mata dengan anak-anak Kak Wa; Sarah, Fathir dan Syifa, ada perasaan yang tak terungkap sedang mencurah-curah masuk dan memenuhi ruang hati saya. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lautan tak selalunya tenang. Pohon pada Allah subhanahu wa taala, agar tidak lemas saat bergelombang dan tidak leka saat tenang.

Amiin ya Rabb! Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rasanya baru sebentar saya berkongsi rasa kagum saya dengan Raof tentang kekuasaan Allah menciptakan manusia dengan sempurna; mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.

Beberapa tahun di Mesir membuatkan kami berasa selamat dan mampu bergerak bebas dari satu negeri ke satu negeri, padahal Mesir jauh dari Malaysia. Tambahan menggunakan bahasa yang asing dari bahasa ibunda. Hari ini saya dengan kekok menuju ke Kuala Lumpur. Naiki bas dari Johor Bahru. Mungkin saya sudah terlalu lama di Mesir hingga kekok di negara sendiri. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Walimah Fakhruddin dan Afifah

Imej
Barakallahu lakuma, wa baraka alakuma wa jamaa baynakuma fi kher. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Manusia mengiktiraf Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pemimpin yang hebat, dan Islam adalah sistem hidup yang lengkap. Tetapi masih selera mencuba sistem lain dan manusia lain sebagai panduan hidup.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

"Perbezaan sudut pandang terhadap sirah Nabi sallallahu alaihi wasallam membuahkan perbezaan praktikal." -- Ustaz Qamarul Mohd Faizal

Di Masjid Istiqamah, Taman Perling, Johor Bahru Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tarbiyah layang-layang

Imej
Saya lupa kali terakhir saya main layang-layang. Mungkin tak pernah. Yang saya ingat ada beberapa cubaan untuk terbangkan layang-layang buatan sendiri. Tapi rasanya setakat itu saja. Hari ini dapat saya kecapi nikmat main layang-layang. Melihat lenggoknya di udara buat saya tersenyum. Secara cepat, fikiran saya membuat kias. Layang-layang sebagai anak buah, tali sebagai kepercayaan, angin sebagai peluang dan pemain sebagai naqib, penjaga atau ibu bapa. Dengan memberi kepercayaan yang cukup, ketika angin sedang bertiup, layang-layang akan terbang dengan mudah. Kepercayaan perlu sentiasa dihulur dan ditarik mengikut kesesuaian, hingga ia mampu stabil di udara. Saat itu kepercayaan penuh diberi kepadanya. Peluang juga memainkan peranan yang penting. Tanpa peluang, walau sebanyak manapun kepercayaan yang diberikan, layang-layang tak akan mampu terbang. Mungkin pemain perlu cipta peluang demi peluang dengan berlari dengan laju, tapi tanpa peluang yang sebenar, layang-layan

Solat Jumaat di Masjid Kg. Sawah. Seronok lihat beberapa orang jemaah pakai baju melayu sepasang siap bersampin.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selamat sampai di Johor Bahru jam 5.00 pagi tadi. Saif pelawa untuk jemput di stesen bas, tapi Che Su dan Ayah Su sudah menunggu di sana.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mimpi bagaikan sebuah lukisan abstrak. Tak perlu dihiraukan perinciannya. Yang penting perasaan selepas menikmatinya. Sekiranya berjaya menyimpulkan satu maksud, ia hanya untuk diri sendiri, orang lain mungkin akan lihat dari sudut yang lain.

Tidur nyenyak. Mimpi pun pelik. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kali pertama solat di surau Stesen Bas MPKT walaupun saya anak jati Terengganu. Rasa seronok, seolah-olah bergabung dengan kumpulan anak muda dan orang dewasa yang sama-sama menjaga solat.

Semoga ini permulaan satu perjalanan yang baik. Amiin, ya Rabb! Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1600KM: Malam ini saya dijadualkan ke Johor Bahru, menaiki bas Transnasional, menandakan permulaan perjalanan 1600+km yang saya rancang.

Perjalanan ini dirancang atas tujuan yang pelbagai. Moga saya diberi kesempatan untuk berkongsi apa yang saya dapat melalui perjalanan ini dengan anda. InsyaAllah, perjalanannya dijadualkan seperti ini: 24/2: Kuala Terengganu 25/2: Johor Bahru 26/2: Johor Bahru -- Walimah Fakhruddin 27/2: Tanjung Malim dan Ipoh -- Walimah Khai 28/2: Pulau Pinang 1/3: Kuala Terengganu Saya tak rancang perjalanan saya dengan ketat. Itu gaya saya. Jika ada sesiapa yang sudi membantu, sangat-sangatlah dihargai. Semoga saya dapat maksimumkan pengajaran dari perjalanan ini. Doakan keselamatan. P.s.: Saya perlu jimatkan bateri telefon. Untuk sebarang urusan selepas ini, lebih baik SMS saja. InsyaAllah, kher. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dengan mengehadkan kemahuan peribadi akan beri peluang untuk lebih memenuhi keperluan umum.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tips dari bengkel: Power window Perodua MyVI cepat rosak. Biasanya boleh turun, tapi tak boleh naik.

Kalau hujan, habis basah semua. :-) Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cara fikir

Rupa-rupanya cara fikir adalah isu yang sangat besar. Berada dalam satu sekolah, satu kelompok, bahkan satu keluarga tidak menjanjikan satu cara fikir yang sama. Perbezaan cara fikir membuahkan perbezaan cara menilai dan cara bertindak. Adalah tidak bijak jika kita mengandaikan semua orang berfikir dengan cara kita berfikir. Setiap orang ada cara fikir masing-masing. Tak semua salah dan perlu diperbetulkan. Dan sikap menyalahkan cara fikir orang lain, hanya cara fikirnya yang betul pula tidak akan membawa satu komuniti itu ke mana-mana. Saya ingin cara fikir saya difahami dan dibetulkan jika ada yang terpesong atau melencong. Saya andaikan anda juga inginkan hal yang sama. Terkadang cara fikir kita tidak teruji melainkan dalam beberapa situasi. Reaksi spontan menzahirkan cara fikir tulen kita. Cara fikir boleh diuji dan dikaji melalui komunikasi. Bercakap sebagai contoh, mendedahkan bagaimana cara fikir kita dan bagaimana cara fikir orang yang kita sedang bercakap den

Hari ke-8 gangguan talian di Kg. Padang Air. Berkunjung ke cyber cafe sudah menjadi rutin. Semalam ada yang kata kabel dipotong di tiga tempat.

Masih berharap pencuri bertaubat dan TM dapat bertindak cepat. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tips dari kedai cat: Sebelum cat dinding baru, pastikan simen benar-benar kering; lebih kurang 28-30 hari. Bersihkan permukaan dan pilih sealer (cat lapis) yang betul; air atau minyak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Berita baik: TPM minta kerajaan negeri tanggung kos perbelanjaan penghantaran semula pelajar ke Mesir. Sekarang tunggu kenyataan dari MB Terengganu pula.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Elemen masa juga punya peranan yang sangat nyata dalam membawa emosi kita ke arah mana.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pengalaman mengajar saya, jika saya inginkan sesuatu, saya mesti mengejarnya dengan sekuat tenaga. Benda baik tak pernah mendekat dengan hanya menunggu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hari ke-7 gangguan talian

Hari ini genap tujuh hari kejiranan ini terganggu talian telefon disebabkan kecurian kabel. Bererti tiada juga talian Internet. Saya tak dapat ikuti berita terkini dari Mesir. Tak dapat uruskan aktiviti dengan kawan-kawan yang sama-sama pulang. Terpaksa tunggu siang untuk buat sebarang urusan, kerana menunggu cyber cafe buka. Saya berdepan dengan terlepas peluang atau maklumat jika kerajaan menyediakan borang online untuk saya isi berkenaan proses membawa kami pulang ke Mesir. Saya menulis supaya masalah kecurian kabel di Kg. Padang Air dapat perhatian Telekom Malaysia. Juga supaya pencuri dan kerabatnya sedar betapa mereka sudah susahkan kehidupan kami yang hidup dalam kejiranan ini. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sepetang bersama Wan Hilmi -- kami makan ikan celup tepung di Pantai Telaga Batin, solat Asar di Masjid UNISZA dan berhenti rehat di Pulau Warisan.

Harap puas hati dengan tour yang tak seberapa. :-) Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Seesmic -- Twitter client yang serba cukup

Pengguna Twitter ada banyak pilihan software atau application yang boleh digunakan untuk membaca dan menghantar mesej ke Twitter, sama ada dengan menggunakan komputer ataupun telefon bimbit. Twitter client yang berjaya mencuri tumpuan saya adalah Seesmic. Secara ringkas, ia tidak sehebat UberSocial, tetapi fungsi yang dimuatkan dalam Seesmic adalah serba cukup. Malahan pada saya, ia juga mesra mata. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai shortcut yang sangat membantu: T (top) - Brings you to the top of the messages B (bottom) - Brings you to the bottom of the messages ALT + Space - To scroll page down SHIFT + Space -To scroll for page up S (search) - To search on Twitter Use these keyboard shortcuts actions when selecting an update: C (compose) - To compose a new message/tweet R (reply) - reply to an update L (reply to all) - reply to all the usernames in the message F - To Retweet a tweet with the new Retweet feature (Like forwarding a message in mail) Q (quote) - T

Jurang: Antara idealis yang malas dan realis yang rajin

Bila si idealis membuka mulut, berkobar-kobar bercerita, tentang apa yang sepatutnya berlaku, yang sepatutnya di buat, saat itu si realis menjuihkan bibir. Masakan mungkin diambil berat kata-kata si idealis. Cakap saja berkobar-kobar, solatnya entah di mana, tidurnya hingga matahari tegak, pekerti tidak terjaga, kerja sering tertangguh. "Awak keluarkan idea, yang penat saya juga," getus hati si realis. Sebab itu si realis lebih selesa dengan caranya, meskipun dipandang kolot dan lambat, kadang-kadang dianggap bodoh, tapi baginya yang lebih penting kerja selesai dan dalam capaian. Si idealis rasakan yang pendapatnya perlu didengar. Sebab baginya ada cara yang paling mudah untuk setiap kerja. Tapi tak semua tahu formulanya. Masa terlalu berharga. Tak perlu disia-siakan waktu yang sebenarnya boleh dijimatkan. Manusia berbeza, ada yang meraikan inovasi, ada yang meraikan prestasi. Maha Bijaksana Allah yang menerangkan tujuan perbezaan manusia adalah untuk saling

Anak muda cenderung untuk menyalahkan orang tua atas kegagalan mereka. Orang tua mungkin gagal dalam beberapa perkara, tapi nyata hebat dalam perkara-perkara lain.

Anak muda mungkin hebat dalam beberapa perkara, tapi dalam perkara-perkara lain perlukan pandangan dan bantuan orang tua juga. Pokoknya, berpada-padalah dalam mengkritik. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Setiap dugaan meningkatkan daya tahan. Jika dulu air mata mengiringi kisah-kisah kecil, kini biarlah ia mengiringi kisah-kisah besar yang selayaknya dengan harga air mata.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Shortcut untuk UberSocial

Twitter client yang terkenal UberTwitter kembali dengan nama baru, UberSocial setelah disekat Twitter atas alasan-alasan tertentu. Di sini saya kongsikan beberapa shortcut yang mungkin bermanfaat untuk anda: R - reply T - go to top U - update J - reply to all L - retweet Z - send to e-mail V - add to favourite B - go to bottom Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Obama akan dijadikan biri-biri hitam atas kegagalan Amerika Syarikat, bermula dengan masalah kegawatan ekonomi sedunia, kini huru-hara di negara-negara Arab.

Budaya politik; ketika dapat jawatan akan disambut besar-besaran, bila gagal tunai tanggungjawab akan dicaci habis-habisan. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tindakbalas Amerika Syarikat yang hanya mengeluarkan kenyataan dan mengadakan perbincangan berhubung apa yang sedang berlaku di Timur Tengah buat saya rasa sangsi. Mereka hanya berserah atau segalanya berlaku sebagaimana yang dirancang?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ditegur guru tadika Asyraf sebab selalu lewat hantar selepas jam 8.00am. Susah betul nak jaga masa bila di rumah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang seorang ibu. Jika anda menyedarinya, bagaimana anda menghargainya?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bekalan elektrik pulih sekitar jam 2.00am ketika kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur. Terima kasih kepada staff-staff TNB yang berusaha dengan pantas untuk pulihkan situasi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tinjauan sebentar tadi mendapati bahawa Kg. Padang Air dan Kg. Tok Jiring antara kawasan yang terkesan dengan gangguan bekalan elektrik yang disebabkan kerosakkan suis di Gong Badak.

Keluar sekejap tadi, beli lilin dan ubat nyamuk. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gangguan elektrik disebabkan kerosakkan suis di Gong Badak. Baik pulih dalam tempoh 2-4 jam. Sumber: 15454.

Mujur bukan kecurian kabel. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gangguan bekalan elektrik di kawasan Kg. Padang Air. Ada kecurian kabel lagi kah? Banyak sungguh gangguan. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama?

Masa rusuhan di Mesir tempoh hari setakat tak ada Internet saja. Elektrik ada. Rindu Mesir. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hari ke-12 di rumah. Masa terasa terlalu cepat berlalu. Setiap hari ada saja benda yang perlu diselesaikan. Diri sendiri perlu kuat -- tahu apa yang diinginkan -- atau akan hanyut dengan arus kehidupan tanpa kemudi yang berpengalaman. Minda jadi tumpul.

Terasa bagaikan hanya singgah di Malaysia dan akan pulang semula ke Mesir. Sedangkan hakikatnya Mesir adalah persinggahan dan akhirnya akan pulang semula ke Malaysia. Tunggang terbalik. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@HafiizhAlias Sebab itu saya katakan ada kemungkinan berlaku perang. Soalnya kemungkinan itu bukan hanya antara kerajaan dan rakyat, ada juga kemungkinan perang Mesir-Israel. Bahkan itu yang paling ditakuti rakyat Mesir yang pro-Mubarak.

Selain Hosni Mubarak letak jawatan, ada tiga lagi tuntutan yang belum dipenuhi. Sebab itu rusuhan masih diteruskan hingga hari ini. Tentang harga makanan meningkat dan terhad itu memang realiti dan benar-benar berlaku. Ini antara sebab paling kuat kenapa perlu bertindak cepat. Saya masih memerhati berita tentang Mesir dari pelbagai sumber. Cuma kebelakangan ini maklumat agak terhad kerana gangguan talian di kawasan saya. Jika anda rasa bacaan saya tak cukup tajam, salahkan pencuri kabel. :-P Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kali ketiga terpaksa ke cyber cafe untuk menggunakan Internet. Kepada sesiapa yang mengenali sesiapa yang terlibat dengan kecurian kabel telefon di seluruh Malaysia, sampaikan salam pada mereka. Anda telah rumitkan urusan yang sebelum ini sangat senang.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Apa yang patut dirasakan bila orang lain sudahkan tugasan yang anda mulakan? Nafsu tercabar bila terasa seolah-olah diri tak mampu sudahkan tugas. Tercabar juga bila terasa seolah-olah orang lain merampas keseronokkan menyudahkan tugas.

Tapi iman mendidik manusia kefahaman bahawa Allah tidak sesekali sia-siakan usaha yang ikhlas, sama ada di awal, pertengahan atau akhir tugas. Keseronokkan duniawi terhimpun di akhir tugas. Sedang keseronokkan ukhrawi meliputi tempoh waktu yang tanpa batas. Moga Allah membantu kita dalam mencapai makna ikhlas dalam kehidupan. Amin. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wahai orang muda. Renungilah hidupmu dalam-dalam. Bagaimana kamu dimulakan dan bagaimana kamu ingin akhirkannya.

Jika kamu dapati kamu berada pada jalan yang benar, bersyukurlah, dan jangan berhenti. Tapi, jika kamu dapati kamu berada pada jalan yang salah, atau tidak berada pada mana-mana jalan pun, segeralah tentukan posisi kamu. Masa sangat suntuk, kerana kamu dituntut untuk membantu diri kamu, juga membantu diri orang lain. Andai kamu tidak bermula sekarang, apa jaminannya anda mampu memulakannya pada masa akan datang? Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ada kampung yang berlaku kecurian kabel telefon, lepas sebulan, masih belum dapat diganti. Aduhai pencuri, terimalah kutukan berterusan selagimana kami belum dapat ganti. Harap dapat ganti segera. Banyak kerja tergendala tanpa Internet...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kuliah Maghrib Maulidur Rasul di Surau Kg. Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Saya driver saja. Baba yang sampaikan kuliah.

Imej
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ada orang curi kabel telefon. Maka tak boleh online di rumah. Terpaksa ke cyber cafe untuk online. Oh~

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hari ke-7 di rumah. Petang tadi ada majlis ramah mesra Menteri Besar Terengganu dengan pelajar-pelajar Terengganu yang belajar di Mesir.

#Jan25: 6 hari evakuasi

Nota: Saya tidak buat sebarang catatan sepanjang proses evakuasi. Apa yang tercatat hanyalah apa yang saya ingat. Jumaat, 4 Februari 2011 Saya diminta agar menemani pelajar perempuan untuk dihantar ke lapangan terbang. Dua van. Bertolak selepas Jumaat. Rakyat Malaysia memenuhi Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Siap dengan khemah. Beberapa jam di sana, akhirnya menjelang Maghrib semua pelajar perempuan yang saya temankan diberi boarding pass dan masuk ke terminal. Saya tahan teksi dan bergegas pulang. Perintah berkurung sudah berjalan. Sabtu, 5 Februari 2011 Saya tidur di rumah kawan yang dijadikan bilik gerakkan. Maklumat-maklumat terkini akan sampai di rumah ini dahulu sebelum disebarkan kepada kawan-kawan yang lain. Sekitar 2.00am kami dapat panggilan dari kawan yang menjadi sukarelawan di lapangan terbang supaya bersiap-siap kerana giliran kami akan tiba pagi ini. Menjelang Subuh, kami mengarahkan semua kawan-kawan bersedia sesegera yang mungkin dan mene

#Jan25: 10 hari pertama

Imej
Isnin, 24 Januari 2011 Saya tiba dari Sinai, jadi pengiring kepada rombongan dari Jordan. Tiba di rumah agak lewat malam. Sekitar jam 11.30pm. Dapat berita bahawa esok ada peristiwa besar akan berlaku. Selasa, 25 Januari 2011 Rupa-rupanya hari ini cuti umum sempena Hari Polis. Rentetan dari kejayaan di Tunisia dan pelbagai isu lain, kumpulan hak asasi manusia di sini menganjurkan Hari Kemarahan dengan beberapa tuntutan yang jelas. Antaranya ialah ganti Presiden dan bentuk kerajaan baru. Beberapa orang sangsi akan kejayaan protes ini. Akhirnya kesan protes dapat dirasai dengan sekatan pada Twitter. Rusuhan besar berlaku di beberapa tempat di seluruh Mesir, antaranya Tahrir (Kaherah), Iskandariah dan Suez. Dianggarkan akan berlaku rusuhan susulan selama tiga hari berturut-turut. Rabu, 26 Januari 2011 Rusuhan diteruskan. Twitter berjaya diakses pada waktu pagi sebelum ia disekat semula beberapa jam selepas itu. Facebook ditutup beberapa kali untuk tempoh yang sekejap. Dapa