Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Meraikan sebuah kemenangan

Alhamdulillah, selesai sudah sebulan madrasah Ramadhan. Pengalaman yang sangat berharga. Setiap Ramadhan menjanjikan pengalaman yang baru. Untuk melihat kehidupan dari sisi-sisi yang dilupakan. Selesai solat raya, amalan ziarah menziarahi mewarnai keindahan sepanjang hari lebaran. Terasa kehangatan dan kemesraan antara yang mengunjung dan yang dikunjung. Semua bergembira tanda meraikan sebuah kemenangan. Kemenangan yang memenangkan iman ke atas nafsu. Kemenangan yang memenangkan fitrah ke atas kebobrokan hasutan syaitan. Moga ia adalah kemenangan yang benar. Cabaran yang sebenar adalah mengekalkan kemenangan. Tak ada makna andai sebulan kemenangan disusuli dengan sebelas bulan kekalahan.

Salam Aidil Fitri, MZDB

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد Sempena Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam pada esok hari, saya mengucapkan, "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin," kepada: Mama, Baba, Kak Gee, Abang Zul, Abang Yed dan Kak Bae serta anak-anak di Kuala Terengganu Kak Nor dan Abang Tohir sekeluarga di Leeds Kak Wa dan Abang Fidli sekeluarga di Tanjung Malim Sakinah dan Najibah Jiran tetangga di Padang Air Keluarga besar Tok Ji di seluruh Malaysia Keluarga besar Tok We di seluruh Malaysia Kawan-kawan SKTJ Kawan-kawan SMKATJ Kawan-kawan SMAASZA Kawan-kawan di Mesir Kenalan sepanjang pengembaraan di Mesir, Yaman, Jordan, Syria, Turki, UK dan Malaysia Kenalan Internet Semoga keraian yang diraikan adalah untuk meraikan kemenangan, bukan untuk meraikan penyesalan. تقبل الله منا ومنكم كل عام وأنتم بخير MZDB

Revolusi Arab: Bila keadilan menemui jalan buntu

Tahun 2011 dikejutkan dengan Revolusi Arab yang tercetus di Tunisia yang kemudiannya merebak ke seluruh Timur Tengah. Mesir antara negara yang menerima perubahan yang besar kesan dari revolusi ini. Libya, Yaman dan Syria berdepan dengan kemelut yang bermandi darah, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan banyak harta benda. Campur tangan pihak luar Antara isu yang dimainkan adalah campur tangan pihak luar dalam menghangatkan revolusi ini. Terutamanya Libya yang kaya dengan minyak, dan Syria yang polisi luarnya yang selama ini mengancam keamanan Israel. Atas sebab ini masih ada sebahagian rakyat yang menyokong kerajaan walaupun dalam keadaan tidak dapat disembunyikan lagi penyelewengan mereka lakukan sebelum ini. Tiada pilihan lain Tetapi pemerintah sedia ada seakan-akan tidak menyediakan jalan lain kepada rakyat untuk melakukan perubahan. Ruang pilihanraya yang disediakan telah dicemari dengan penyelewengan yang akhirnya menatijahkan putus asa rakyat terhadap sistem tersebu

Maaf...

Imej
Maaf, kerana terlalu manusia. :(

Tujuh belas

Malam ke-17. Setiap Ramadhan berbeza. Ramadhan kali ini juga berbeza. Ada pengalaman baru. Ada perasaan baru. Satu pengajaran yang sangat besar adalah, manfaatkan masa lapang, sementara masa sibuk datang. Persediaan awal Ramadhan bantu saya untuk tidak terlalu hanyut apabila tiba di tengah. Namun masih ada setengah lagi untuk disempurnakan. Sempurnakan dengan hati berat untuk melepaskannya pergi. Bukan sempurnakan dengan harapan ia cepat-cepat pergi. Yang itu lain.

Memudahkan yang rumit

Dalam memberi penerangan kepada orang lain tentang sesuatu perkara, kita akan cenderung untuk memudahkan bahan yang cuba kita sampaikan, supaya idea umum bahan tersebut dapat difahami pihak yang satu lagi. Proses memudahkan sesuatu yang asalnya rumit adalah proses yang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Sabar dalam memproses dan teliti supaya tidak keluar dari maksud sebenar. Dalam proses menerima penerangan daripada orang lain, kita akan cuba untuk dapatkan idea umum bahan tersebut, sebelum kita cuba memahami cabang-cabang. Sebab dengan pemahaman yang betul tentang idea umum akan membantu kita memahami cabang-cabang yang banyak tanpa diterangkan oleh pihak yang satu lagi. Proses memahami cabang-cabang penting kerana kebanyakkan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang realiti tidak disebutkan dengan jelas dalam idea umum. Juga penting untuk menguji tahap kefahaman terhadap idea umum. Jika betul cabang yang kita tunaskan, maka itu petanda bahawa kita mulai m

Keajaiban Ramadhan

Imej
Ramadhan menunjukkan keajaibannya, sejak hari pertama. Pemuda berkerusi roda sedang iktikaf di Masjid Salam beberapa minit sebelum tiba waktu Isya'. Tazkirah antara terawih pada malam pertama Ramadhan.  Anak-anak Mesir digalakkan berkhidmat dengan kerja-kerja mudah seperti mengagihkan air kepada para jemaah sementara mendengar khutbah. Kita tak tahu berapa Ramadhan yang masih berbaki untuk kita. Manfaatkan Ramadhan yang ada. اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعفو عنا Ya Allah! Sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan Maha Pemurah, suka untuk mengampunkan, maka ampunkanlah kami.