Koleksi cipan-cipan

Ayat-Ayat Cinta Soundtrack album coverImage via Wikipedia
Maaf bagi yang terasa. Memang tidak sepatutnya saya menukar judul apa sahaja sesuka hati saya. Saya tetap lakukannya demi mengurangkan kesannya terhadap diri. Menukarkan sesuatu yang jiwang menjadi suatu yang jenaka.


Kang Abik, atau Habiburrahman El Shirazy mencuri hati saya dengan tulisannya Ayat-Ayat Cipan. Terutama 1/3 permulaan cerita itu yang sangat dekat di hati saya. Tentunya kerana ia berlatarbelakangkan Mesir. 1/3 kedua novel tersebut membawa saya ke alam khayalan tahap tinggi hingga hilang rasa bahawa novel ini berpijak pada bumi yang nyata. 1/3 terakhir pula mengheret jiwa saya yang terapung-apung itu terus menyembah bumi dan dikambus-kambus di dalam tanah dengan masalah-masalah yang menimpa Fahri.

Maka saya simpulkan, keindahannya ada dipermulaannya.

Dengan pantas novel ini meraih nama. Popularitinya memaksa syarikat perfileman Indonesia melakukan penggambaran filem Ayat-Ayat Cipan berdasarkan novel tersebut. Sungguh mendebarkan tatkala menanti filem ini siap ditayangkan. Kami di Mesir terlebih dahulu dapat menonton filem ini berbanding rakan di Malaysia. Kable kami kuat... Hehe...

AidilFitri baru-baru ini filem ini ditayangkan di TV3. Secara automatik, filem ini bertandang di bibir-bibir rakyat Malaysia. Saya diusik beberapa kali tentang bertemu Aisyah di Mesir. Banyak je 'Aisyah-Aisyah' di sini. Saya je yang belum cukup 'Fahri' lagi untuk bertegur sapa dengan mereka. Haha.

Kini satu lagi novel Kang Abik menjadi tatapan saya. Sebetulnya dua. Kerana novel ini berbentuk dwilogi. Dua siri. Ketika Cipan Bertasbih dan Ketika Cipan Bertasbih 2. KCB berlatar belakangkan Mesir, manakala KCB 2 berlatarbelakangkan Indonesia. Sekali lagi KCB lebih dekat di hati saya. Apatah lagi Azzam tinggal di Hayyu Asyir. Saya juga tinggal di Hayyu Asyie. Bezanya, dia buat bakso dan tempe. Saya pula makan bakso dan tempe.

Saya mengagumi Azzam hinggalah saat dia mencari jodoh. Susah payah penulis memisahkan Anna dan Azzam, susah payah juga dia menemukan mereka kembali. Susah betul. Kalau kahwinkan saja mereka di awal cerita kan senang? Haha. Patut la saya tak ada bakat jadi penulis novel. Haha.

Apa yang menarik, filem Ketika Cipan Bertasbih ini sedang dalam pembikinan. Oho, Azzam yang dipilih pengarah lebih tampan dari yang saya imaginasikan. Eliana pula lebih pendek dari yang saya gambarkan. Oh...

Ternyata Kang Abik telah membuktikan bahawa dirinya bukanlah seorang one shot novelis. Bahkan penangannya tetap menjadi menerusi KCB ini. Ada siapa-siapa yang nak tolong belikan saya karya-karya lain beliau?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. bakpe pulok cipan? ust xsuke ke cter nih?knape?jiwang sgt?bg alasan skit..

    BalasPadam
  2. Ehehe... Jangan marah Encik. Saya suka ceritanya. Cuma tajuknya buat saya malu-malu kucing untuk tulis sepenuhnya. Jangan marah ek...?

    Er, hardcore fans ke? Saya pun.

    Haha.

    BalasPadam
  3. cipan itu lebih luas pegertiannya dari cinta..hidup rdhanz!

    waza

    BalasPadam
  4. klu nk dekat ag ng mesir, try bca pudarnya pesona cleopatra.

    sejadah cinta pun ok, sbb himpunan kisah2 cinta yg zmn2 dlu n yg direka oleh hbbrhman

    mihrab cinta pun bes sbb sal org difitnah dan bgaimana dia membersih namanya.

    overal, novel die mmg bes, yg anti nvel cinta pun leh jd suke kisah2 jiwang ni.

    tapi element agama turut diselitkan. dats wat mke his litrature spesel from others

    njoy reading. ksb 2 is way2 better than the 1st. to me la...he3

    BalasPadam
  5. Terima kasih! Uih, banyak juga tulisan Kang Abik ni ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman