Selamat pengantin baru


Selamat pengantin baru, originally uploaded by rdhanz.

Saya ingin menjadi yang pertama mengkhabarkan khabar indah ini kepada dunia.

Saya baru sahaja pulang dari menghadiri majlis aqad nikah Ustaz Sirajul Afkar dan Dr. Nik Nabihah di ARMA, Abbasiah, Kaherah.

Saksi umum majlis tersebut tersangatlah ramai. Ikhwah dan akhawat kelihatan berseri-seri menyaksikan majlis yang bersejarah tersebut. Saya yang kebetulan diminta rakan-rakan untuk mengambil gambar turut berasa seronok dan teruja. Mana tidaknya, saya sudah kenal Ustaz Atan agak lama. Seorang kawan tentu akan gembira dengan kegembiraan kawannya.

Maka, saya ucapkan apa yang diajarkan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam kepada pasangan pengantin, "Barakallahu lakuma, wa baraka alaikuma, wa jama'a bainakuma fi khair." Minggu lepas pun doa yang sama juga... Oh...

Selesai majlis, saya mengikut S dan M makan dan terheret sama menyaksikan mereka berdua bermain futsal. Sengaja saya tidak ikut serta. Sudahlah cuma berselipar, galas beg kamera, berbaju melayu lagi... Tentunya tidak sesuai untuk bersukan (cakap je la tak reti!).

Saya dapat rasakan satu kehilangan...

Ulasan

  1. Tuan punya blog bile pulak?
    Asyik2 org lain je ni

    BalasPadam
  2. ngahaha..nnti tuan punye blog ni punye turn, kite la plak yg buat post special utk die hkim!huu..asyik amik gmbr org je.. ;p

    BalasPadam
  3. ya ma'syara as-syabab man istatoá al baah fa alyatazauwaj...

    BalasPadam
  4. Moga-moga dipercepatkan... Haha... Yang masalahnya al-baah tu yang belum ada. Tengah cari calon yang sanggup makan pasir berlaukkan batu. Ada yang sanggup?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman