Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Kisah Seorang Jutawan II

Imej
Image by abi hasan via Flickr Akhirnya jutawan tersebut memilih pengikutnya yang pandai mengurus. Pada hematnya, empayar perniagaannya yang besar perlu diteruskan kerana padanya ada pekerja-pekerja yang bergantung hidup dengannya. Maka urusan pemilihan pengganti bukanlah urusan yang main-main. Juga tidak boleh pilih orang yang main-main.

Kisah Seorang Jutawan

Imej
Image via Wikipedia Dia seorang jutawan. Sentiasa berpakaian segak dan kemas. Bertutur dengan perkataan yang terpilih. Sangat hebat mengurus hingga berjaya membentuk empayar perniagaan yang besar. Tak ramai yang mampu menjadi seperti dia. Kalau mampu pun mungkin hanya sebahagian dari sifatnya sahaja yang mampu orang lain ikuti. Nak dijadikan cerita, dia mempunyai tiga orang pengikut setia.

Hari terbaikku (versi Ramadhan)

Imej
Image by koalazymonkey via Flickr Setiap hari kita melalui rutin. Ada orang rutinnya padat dan sibuk. Yang lain rutinnya ringkas dan tak bermakna. Untuk dirinya dan diri orang lain. Saya berpendapat semua orang perlu ada rutin yang hebat, barulah dia berjaya menggunakan segala potensi diri yang dia ada. Salah satu cara untuk melatih diri dengan rutin yang baru adalah dengan membayangkan gambaran perjalanan seharian dengan jelas sebelum tidur. Kesannya, perjalanan untuk esok hari akan lebih terancang dan tidak lagi dalam keadaan malas-malas. Di sini saya kongsikan apa yang saya namakan sebagai 'Hari terbaikku' versi Ramadhan.

Indah

Imej
Image via Wikipedia Katakanlah bahawa aku seorang yang tidak tetap pendirian. Kerana aku sememangnya begitu. Aku mudah terpesona melihat keindahan dan aku akan kaku terpegun di mana sahaja keindahan itu hinggap. Akan aku korbankan satu-satunya harta yang aku ada iaitu masa hanya untuk menghampirinya. Sungguhpun aku yakin bahawa aku tak akan mampu memilikinya. Hari ini aku terpukau lagi. Tenggelam asyik dalam keindahan. Cuma ku berharap kali ini tidak terlalu lama. Ada banyak tugas untuk dilaksana. Juga kerana aku sedar, bahawa hidup ini tidak hanya dibentangkan dengan hal yang indah-indah.

Ramadhan terakhir

Imej
Bagaimana jika Ramadhan ini Ramadhan terakhir anda? ISMA-Mesir akan mengadakan program persediaan Ramadhan dengan tema 'Ramadhan Terakhir' di Dewan Rumah Sarawak, Hayyu Asyir. Memang Ramadhan menjanjikan suasana serba lain di Mesir. Seakan-akan semua orang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Yang paling mudah untuk dilihat ialah sedekah kurma ketika berbuka dan mengagihkan air sejuk dan minyak wangi di masjid. Cuma, mungkin tahun ini lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana cuaca sangat panas sekarang. Sekitar 35 - 42 Celcius. Moga-moga fizikal kami dapat bertahan. Ramadhan menjadi bukti hebatnya peranan suasana dalam mendidik masyarakat. Sememangnya bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Apabila semua orang sama-sama menahan nafsu kerana Allah Subhanahu wa Taala, maka masing-masing akan saling menguatkan. Jauh dari rasa cemburu kepada orang yang berbuat maksiat. Bahkan orang yang melazimi maksiat berasa terpinggir dan ingin turut menyertai memeria

Tak seronok, tak menjadi

Imej
Image via Wikipedia Tak seronok buat kerja tak menjadi. Entah di mana silapnya. Beberapa kali cuba untuk masukkan talian Internet ke rumah Madame Susan. Tak berjaya juga. Pada mulanya saya cuba gunakan kabel. Entah di mana rosaknya, tak menjadi. Mungkin pada pemasangan RJ di hujung kabel, atau mungkin juga ada kerosakkan pada kabel tersebut. Entahlah. Malam ini saya cuba gunakan wireless adapter . Kebetulan Madame Susan sudah beli. Tapi signal pula lemah. Langsung tak dapat sambung. Dan saya masih terasa tercabar. Bukan dengan siapa-siapa. Tapi, dengan diri sendiri. Seakan-akan saya masih belum benar-benar mencuba. Seolah-olah ada sesuatu yang saya terlupa. Yang suatu masa nanti, bila saya sudah jumpa, saya akan tepuk dahi dan berkata, "La, ini je masalahnya." Khusus untuk masa ini saya maafkan diri saya andai saya terlupa. Sebab dalam masa yang sama, saya perlu bersama kawan-kawan selesaikan hal penempatan. Saya pindah rumah. Dan apabila pindah, anda tahulah bagaim