Catatan

Tambah gadget pada blog anda

Imej
Image via CrunchBase Bergantung kepada template pilihan anda, anda boleh menambah pelbagai jenis gadget pada blog anda. Apa itu gadget? Secara umum, gadget ialah perkataan Inggeris yang bermaksud alatan mekanikal kecil untuk tujuan tertentu. Dalam dunia blog pula, gadget (atau widget) pula merujuk kepada skrip tambahan yang dimasukkan ke blog untuk menambah fungsi yang sedia ada. Gadget di Blogger ( Blogspot ) Suatu masa dahulu, bilangan gadget dalam senarai Blogger amat terhad. Tetapi kini, beribu-ribu gadget telah tersedia di sana. Namun, di sini saya hanya akan perkenalkan gadget yang asas sebagaimana yang dikategorikan sebagai 'Basics' dalam senarai gadget Blogger. Tambah gadget pada blog Pertama, klik pada 'Add a Gadget'. Kemudian, pilih satu daripada 19 gadget yang tersedia. Berikut adalah penerangan bagi setiap satu: 1. Blog List. Antara gadget yang paling menarik yang tersedia. Ia bukan sahaja untuk menyenaraikan blog yang kita pilih, bahkan kit...

Mengurus masa

Imej
Image by churl via Flickr Sudah hampir dua minggu kita hidup di tahun baru. Sejauh mana anda dapat manfaatkan setiap hari anda sepanjang tempoh ini? Di sini saya ingin kongsikan tips pengurusan masa yang boleh dijadikan sebagai pemula bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu hidup mereka di tahun baru ini. Ambil sedikit masa untuk merancang Ini langkah pertama. Jadikan merancang sebagai satu amalan. Pilih satu hari dalam seminggu untuk merancang. Dan laksanakannya dengan patuh. Pada permulaan, anda mungkin akan mengambil masa sejam untuk menyiapkannya, tetapi ia akan semakin mudah dari semasa ke semasa. Kita akan lebih fokus jika dapat mengenalpasti apa yang perlu kita capai untuk minggu itu. Jadualkan paling kurang seminggu ke hadapan Ada orang lebih suka membuat jadual untuk hari itu sahaja. Adalah lebih baik jika dijadualkan seminggu sekaligus. Juga semak kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada bulan hadapan apabila anda sedang meletakkan keutamaan dalam tugas. Ini ...

Sejarah penerbitan

Imej
Image via Wikipedia Saya berasa bidang penerbitan sangat dekat dengan jiwa saya. Sejenak saya terkenangkan cerita-cerita lama yang sentiasa membuat saya tersenyum sendiri. Ketika saya darjah dua, sekitar tahun 1994, saya berkenalan dengan Amar Syahid bin Salehuddin, seorang kawan yang sangat berbakat dalam melukis. Lukisannya ada gaya tersendiri. Dalam masa yang sama, saya juga minat melukis. Tetapi, dia lebih mahir melukis kartun manusia penuh, sedang saya lebih mahir melukis muka sahaja. Hasilnya? Kami menerbitkan kartun 10 muka yang difotostat pada kertas lima keping A4 yang dilipat dua dan dijual pada harga RM1. Ya, keuntungan sifar. Kulitnya ditulis dengan judul 'Canggih 2020' dengan begitu comot sekali. Kartun berkisar orang-orang gila yang boleh bergabung menjadi robot. Saya berjaya menjual senaskhah (kerana yang satu itu dibaca beramai-ramai), sedang Amar berjaya menjual beberapa secara hutang (dan bayaran tidak diterima hingga kini). Akhirnya Amar terpaksa berp...

Cara meninggalkan komen di blog

Imej
Image via CrunchBase Dunia Internet sekarang semakin interaktif. Jika dahulu, pemilik laman web bertungkus lumus hanya untuk menambah tulisan dalam web masing-masing, kini tidak lagi. Kewujudan sistem pengurusan kandungan (CMS) seperti blog dan forum memudahkan pemilik web mengemaskini laman web mereka juga membenarkan pengunjung turut menyumbang untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain. Blog ini tidak terkecuali dari merasai nikmat tersebut. Komen Sistem komen Blogger semakin bertambah baik. Kini dengan pilihan 'Embedded below post', ruang komen tidak kelihatan terpisah dengan template blog seperti sebelum ini. Anda hanya perlu klik pada tajuk artikel yang anda ingin komen, isikan ruang 'Post a comment', pilih 'Comment as' dan klik butang 'Post Comment'. Mungkin pada bahagian 'Comment as' perlukan sedikit penerangan. Ruang ini mengizinkan anda untuk memilih sejauh mana anda ingin dedahkan diri anda kepada pembaca blog yang la...

The Don't Quit Poem

Imej
Image by aloshbennett via Flickr When things go wrong, as they sometimes will, When the road you're trudging seems all uphill, When the funds are low and the debts are high, And you want to smile, but you have to sigh, When care is pressing you down a bit, Rest, if you must, but don't you quit. Life is queer with its twists and turns, As every one of us sometimes learns, And many a failure turns about, When he might have won had he stuck it out; Don't give up though the pace seems slow-- You may succeed with another blow. Often the goal is nearer than, It seems to a faint and faltering man, Often the struggler has given up, When he might have captured the victor's cup, And he learned too late when the night slipped down, How close he was to the golden crown. Success is failure turned inside out-- The silver tint of the clouds of doubt, And you never can tell how close you are, It may be near when it seems so far, So stick to the fight when yo...

Apa yang nak diboikot?

Imej
Image by Getty Images via Daylife Melihat Buletin Utama sebentar tadi memberi gambaran kepada saya dengan jelas bahawa rakyat Malaysia sekarang pasti peka dengan apa yang berlaku di Gaza . TV3 sebagai stesen televisyen yang paling popular di Malaysia melalui rancangan yang paling popular dalam senarai siaran telah menyediakan maklumat terkini beserta visual yang dikepilkan dengan lagu yang menyayatkan hati siapa saja yang menonton. Tanpa mengira bangsa. Tanpa mengira agama. Apatah lagi berita tentang Gaza dipaparkan terlebih dahulu sebelum berita tentang pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . "Memahami tidak menderitai." -- Waza. Kita mungkin faham akan penderitaan mereka. Kita nampak dan dengar jeritan mereka. Tapi, itu hanya gambaran sebahagian kecil dari keadaan sebenarnya. Setiap 5 minit, Twitter saya memberikan khabar terkini tentang Gaza. Kepulan asap dapat dilihat dari jauh menandakan ada kawasan yang baru sahaja dibom. Bilangan yang terkorban dan tercedera s...

Edit header Sunrays

Imej
Jawapan bagi yang bertanya. Pilih Layout dan Edit HTML . Kemudian, cari bahagian ini. Edit mana yang patut sahaja tanpa hilangkan tag-tag HTML yang lain. Kemudian Save. Kalau ada apa-apa masalah, boleh tanya.