Catatan

Kuiz April 2009

Imej
Image via Wikipedia 1. Apakah jenis laptop yang dicadangkan baik dalam blog ini? i. Acer ii. Compaq iii. Toshiba iv. Hyundai A. i sahaja B. i dan ii C. iii dan iv D. ii, iii dan iv 2. Apakah hukum wudhu' jika terpijak tahi cicak? A. Tidak batal B. Batal. 3. Antara berikut, apakah minuman kegemaran RdhanZ? A. Teh O panas B. Air masak C. Milo ais D. Teh tarik 4. Berapakah jumlah blog baru yang mendapat Anugerah Buku Nota Mac 2009? A. 5 B. 4 C. 3 D. 2 5. Apakah had muka secara menegak? A. Dari anak rambut hingga leher. B. Dari anak rambut hingga ke pangkal janggut dan dagu. C. Dari ubun-ubun hingga ke leher. D. Dari ubun-ubun hingga ke pangkal janggut dan dagu. 6. Berapakah rukun Iman? A. 8 B. 7 C. 6 D. 5 7. Berapa lamakah Syeikh Jibril mengulang baca Al-Qurannya dalam sehari? A. Sejam B. Sejam 10 minit C. Sejam setengah D. Sejam 40 minit 8. Berapakah harga Pakej C Fotografi Shahkasahias? A. RM600 B. RM1200 C. RM1400 D. RM1800 ...

Selamat pengantin baru buat kamu!

Imej
"Aku nikahkan dikau..." , originally uploaded by rdhanz . Sengal-sengal pada badan masih terasa. Namun, puas! Semalam, seharian kami di ARMA, Abbasiah, Kaherah untuk menjayakan majlis aqad nikah kawan kami, Qamarul Naim dengan pilihan hatinya Khairah juga walimah gabungan untuk pasangan Qamarul dan Khairah serta Siroj dan Nik. Majlis aqad Siroj dan Nik pernah saya tuliskan sebelum ini. Saya datang agak awal kerana ditugaskan untuk mengambil video majlis. Setibanya di ARMA, saya ke hulu ke hilir untuk membuat persiapan. Berlaku beberapa insiden yang tak diingini berlaku. Saya pohon keampunan Allah Subhanahu wa Taala atas kecuaian diri. Harap semua masalah akan selesai dengan segera. Akhirnya pengantin tiba. Berlaku sedikit kelewatan atas sebab-sebab kecemasan. Ini bukan majlis aqad yang pertama yang saya hadiri, maka perkara seperti ini tidaklah pelik. Cuma sedikit menggusarkan hati hadirin kerana menunggu agak lama. Setelah semua pihak mengambil tempat, saya dan jur...

10 rukun solat

Imej
Image by sdr. mohamad lutfi hakim ariff via Flickr 1. Niat. 2. Takbiratul ihram. 3. Membaca Al-Fatihah beserta dengan Bismillah, 14 tasydid, menyebut dhad bukan dengan sebutan zho' dan dalam Al-Fatihah tiada huruf zhoo'. 4. Ruku'. Wajib dia tunduk hingga sampai tapak tangannya ke lututnya. Wajib juga dia hentikan seketika segala pergerakkannya. 5. Kemudian, berdiri tegak dan wajib hentikan segala pergerakkan. 6. Sujud dua kali. 7. Duduk antara dua sujud dan wajib hentikan seketika segala pergerakkan dalam setiap perbuatannya -- sujud dan duduk. Diulang perbuatan-perbuatan di atas pada rakaat-rakaat lain. * Tasyahud awal dan duduk untuk tasyahud awal itu hukumnya sunat. 8 . Tasyahud akhir dan duduk untuk tasyahud akhir itu wajib. 9. Selawat ke atas Nabi Sallallahu alaihi wasallam selepas membaca tasyahud akhir itu wajib. 10. Memberi salam keluar dari solat itu wajib. Sependek-pendeknya, "Assalamualaikum." Sependek-pendek tasyahhud: التحيات لله، سلام عليك أيها الن...

Sebuah laptop sebuah cerita: Compaq Presario V3000

Imej
Image by yum9me via Flickr Kawan saya kata laptop ini bermasalah. Selalu muncul skrin biru. Maka, saya tiada penyelesaian lain melainkan format dan install semula Windows kerana skrin biru atau nama popularnya BSoD (blue screen of death) memang ciri khusus yang ada pada Windows. Maka, munculnya skrin tersebut bererti ada konflik pada Windows. Buntu Akhirnya saya menemui kebuntuan dalam mencari driver. Sebagai permulaan, saya perlu cari driver bagi network adapter supaya mudah saya akses Internet terus melalui laptop yang dibaiki. Malam pertama saya temui kebuntuan. Maka, usaha membaiki dihentikan seketika. Driver Magician dan Radar Sync Akhirnya saya diperkenalkan dengan perisian Driver Magician dan saya berminat untuk mencubanya. Sebelum ini saya pernah menggunakan perisian Radar Sync. Dimotivasikan dengan kejayaan saya membaiki sebuah laptop lain semalam, saya mula membaiki. Di sini saya kongsikan pengalaman saya menggunakan dua perisian di atas: 1. Driver Magician:...

5 syarat sah solat

Imej
Image by rdhanz via Flickr 1. Mengetahui telah masuk waktu solat dengan yakin, dengan ijtihad atau dengan sangkaan yang kuat. Sekiranya dia bersolat dengan rasa syak tidak sah solatnya. 2. Mengetahui arah kiblat. 3. Wajib tutup aurat dengan pakaian yang bersih dan halal. 4. Wajib sucikan diri dari najis pada pakaian, badan dan tempat solat. 5. Wajib bagi yang mampu untuk solat fardhu dalam keadaan berdiri.

Laporan Mac 2009

Imej
Image by PipeMosim via Flickr 10 artikel yang paling kerap dikunjungi sepanjang Mac 2009: 1. 5 peranan Al-Quran kepada manusia 2. Doa lembutkan hati anak 3. 7 langkah untuk melukis komik 4. Laporan Februari 2009 5. Perjalanan jauh dan cerita lucu 6. Diet seimbang 7. Di antara beribu lainnya, kau tetap benderang! 8. Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris 9. Ditag Heart 10. Ditag Naga Perang Saya berasa gembira dengan perkembangan yang dapat dilihat melalui blog ini. Dua artikel teratas sungguhpun ringkas tetapi mendapat perhatian yang agak memberangsangkan dari para pembaca. Pada saya, ini menggambarkan keperluan kepada para bloggers untuk terus menggunakan medium ini sebagai salah satu cara untuk menyampaikan mesej Islami dan nasihat-nasihat yang berguna untuk manfaat bersama. Syabas saya ucapkan kepada semua! 10 blog yang menyumbang kunjungan tertinggi sepanjang Mac 2009: 1. Cucu Dagang [baru] 2. Aniss My Love Ina [-1] 3. Jelajah Mesir [baru] 4. Kembara Mursy...

4 pembatal wudhu'

Imej
Image by yuni rere via Flickr 1. Keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau kemaluan belakang. 2. Hilang akal dengan tidur atau selainnya melainkan jika tidur tetapi tetap tempat duduknya. 3. Sentuh kemaluan hadapan manusia atau kemaluan belakangnya atau kemaluan selain manusia dengan tapak tangan dan tapak jari-jari sama ada milik orang besar atau milik budak kecil walaupun anaknya sendiri dan walaupun ia telah mati. 4. Bersentuh dua kulit lelaki dan perempuan yang keduanya telah dewasa dan bukan mahram tanpa lapik melainkan pada kuku, rambut, gigi dan anggota yang terpisah.