Catatan

Kebuluran di Afrika

Saya baru pulang dari majlis perkahwinan Irfan. Belum ada mood untuk menulis tentangnya kerana masih penat. Namun, ada sesuatu yang menginsafkan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Rutin harian saya, membaca berita Malaysia di Malaysiakini (terima kasih kepada Syeikhul Islami yang menunjukkan laman web ini buat kali pertama) dan mengikuti perkembangan berita dunia di Youtube melalui channel Al-Jazeera English. Hari ini ditayangkan video kebuluran yang sedang melanda di Subsahara, Afrika. Luluh hati melihat perempuan dewasa menangis kelaparan. Kalau ibu-ibu yang tabah pun menangis, apa halnya akananak-anak mereka? Ini tazkirah penting dari Allah Subhanahu wa Taala untuk memperingatkan kita tentang kepentingan berpuasa di bulan Ramadhan. Jika ibadah ini tidak dilaksanakan sungguh-sungguh, kita takkan mampu memahami apa yang mereka deritai. Semoga diri saya dan anda sekelian akan bertambah soleh dari hari ke hari.

Sejarah perkembangan Islam

Rasa tercabar bila ada orang tanya tentang sejarah Islam, tapi tak dapat jawab dengan hati yang tenang. Untuk itu, saya kongsikan di sini nota ringkas yang saya petik dari Wikipedia Bahasa Melayu. Mungkin tulisan ini boleh mencetus rasa ingin tahu kita akan sejarah agama kita. Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Khulafa al-Rasyidin 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab. 633M- Pengumpulan Al Quran bermula. 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen m...

Peristiwa Isra' wa Mi'raj

Masih berbaki lima hari dalam bulan Rejab. Saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa artikel yang menarik yang berkait dengan peristiwa Isra' wa Mi'raj. Fullfilth membahagikan Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini kepada lima bahagian; sebelum, semasa Isra', semasa Mi'raj, selesai munajat dan selepas Mi'raj. 2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); Peristiwa Israk Mikraj Ustaz Abdul Halim Abdullah pula ...

Charger bateri dan bateri boleh cas

Peringatan kepada pengguna charger bateri: 1.Gunakan bateri yang sesuai dengan charger. 2. Jangan gunakan untuk bateri jenis lain seperti bateri alkali kerana bateri akan menjadi panas, bocor atau rosak dan boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan pada diri. 3. Charger dan bateri akan menjadi panas ketika digunakan. Ia normal. Berhati-hati ketika memegangnya. 4. Gunakan charger dengan betul untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik. 5. Gunakan charger dalam bangunan sahaja. Jangan dedahkan kepada hujan atau salji. 6. Charger semestinya dipisahkan dari sumber kuasa setelah proses mengecas selesai atau ketika charger tidak digunakan. 7. Jangan jatuhkan, letakkan barang yang berat di atasnya, atau mendedahkan charger kepada hentakkan yang kuat. 8. Alatan ini tidak dicipta untuk kanak-kanak atau orang yang cuai melainkan mereka menggunakannya di bawah penyeliaan orang yang bertanggungjawab yang boleh memastikan alat ini digunakan dengan betul dan tidak bermain-m...

Ketatkan yang longgar

Alhamdulillah, hari ini dapat pengisian dari kawan yang prihatin. Sudah tiba masanya untuk saya ketatkan beberapa hal yang longgar sebelum ini. Beberapa peristiwa sebelum ini banyak membantu untuk saya mencuba lagi sekali. Jika anda dapat rasakan sebarang perubahan, saya sebenarnya tidak berubah. Saya pernah begini dahulu. Cuma kebelakangan ini saya berubah. Kini, saya ingin kembali seperti dulu. Setelah saya dapat buktikan dengan yakin bahawa bintang akan tetap bersinar walau cahayanya tidak diperlukan di siang hari , saya kembali dengan tagline lama, berubah untuk merubah. Doakan yang terbaik. Amiin ya Rabb!

Pertengahan Julai

Alhamdulillah, kini di pertengahan Julai. Dua minggu akan datang, jadual saya sangat padat. Pada awalnya ia agak membimbangkan. Bila difikirkan kembali, sampai bila harus saya putarkan roda rungutan yang sama. Bila sejuk merungut sejuk. Bila panas merungut panas. Bila lapang merungut bosan. Bila sibuk merungut juga. Maka, alhamdulillah atas ni'mat sibuk. Kerana saya tahu, jika saya tidak sibuk dengan hal yang baik, secara automatik saya akan lakukan hal yang tak baik. Semoga segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Saya sedang mempraktikkan apa yang saya tahu tentang pengurusan masa dan wang. Harap lebih terurus selepas ini. Doakan.

PMPI09: Hari keempat

Imej
Image via Wikipedia Hari terakhir kami di sini.