Peristiwa Isra' wa Mi'raj
Masih berbaki lima hari dalam bulan Rejab. Saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa artikel yang menarik yang berkait dengan peristiwa Isra' wa Mi'raj.
Fullfilth membahagikan Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini kepada lima bahagian; sebelum, semasa Isra', semasa Mi'raj, selesai munajat dan selepas Mi'raj.
Ustaz Abdul Halim Abdullah pula menyediakan dua artikel; artikel pertama menyentuh bagaimana Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini menguatkan iman muslim dan artikel kedua pula mengaitkan Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini dengan apa yang kini berlaku di Palestin.
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban. Ya Allah, sempatkanlah kami dengan Ramadhan!
Fullfilth membahagikan Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini kepada lima bahagian; sebelum, semasa Isra', semasa Mi'raj, selesai munajat dan selepas Mi'raj.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):Peristiwa Israk Mikraj
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Ustaz Abdul Halim Abdullah pula menyediakan dua artikel; artikel pertama menyentuh bagaimana Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini menguatkan iman muslim dan artikel kedua pula mengaitkan Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini dengan apa yang kini berlaku di Palestin.
Sekembalinya Nabi Sallallahu alaihi wasallam ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda Sallallahu alaihi wasallam untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad Sallallahu alaihi wasallam pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat Radhiallahu anhum yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi Sallallahu alaihi wasallam pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motivasi penuh untuk menyelamatkan mereka di dunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah Subhanahu wa Taala di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.Israk Mikraj (bulan Rejab) Penguat Iman
Kemenangan umat Islam di bumi Israk Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanji Allah Subhanahu wa Taala dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf 'hamba Allah' seperti dalam hadis di atas.Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban. Ya Allah, sempatkanlah kami dengan Ramadhan!
Ulasan
Catat Ulasan