PMPI09: Hari kedua

Kesempatan ini diambil sepenuhnya untuk melepaskan rindu pada air laut sambil kotorkan baju dengan pasir pantai yang sangat halus. Kami pulang untuk makan dan solat. Menu hari ini sup ayam.
Aktiviti seterusnya memerlukan setiap peserta menulis apakah yang dia rasakan pada peserta yang lain. Apabila permainan tamat, setiap peserta akan dapat sekeping kertas yang padanya tertulis apa yang dirasakan setiap peserta lain dalam kumpulan yang sama rasakan tentang dirinya. Saya terharu dengan apa yang ditulis kawan-kawan yang lain dan bercadang untuk letakkannya dalam bingkai gambar selepas pulang nanti.
Kemudian ada kuiz taaruf. Setiap kumpulan akan menghantar wakil. Urusetia akan kemukakan soalan berkenaan dengan peserta tersebut dan peserta lain perlu menjawab soalan tersebut dengan tepat. Permainan ini menguji sejauh mana kami saling mengenali. Alhamdulillah, banyak juga soalan yang terjawab.
Selepas itu, bermula kuiz yang melibatkan taruhan markah. Sebelum soalan dilontarkan, kumpulan perlu tetapkan berapakah markah yang berani ditaruhkan. Kami bermula dengan baik. Namun, oleh kerana terikut-ikut dengan rentak permainan, markah kami dipotong hingga 10 dari 100 lebih.
Di sebelah malam, kami bersiap untuk BBQ. Kami dibekalkan ayam dan ikan yang sudah siap diperap. Ketika kami sibuk membakar ayam, tiba-tiba tikus masuk ke dalam rumah. Kecil dan comel. Namun, tikus adalah binatang yang sangat berbahaya di sini. Ia punca taun yang boleh mengakibatkan kematian jika tidak dirawat. Maka, ia harus dihapuskan.
Selesai masak, kami bawa makanan ke tepi pantai. Tuan restoren izinkan kami makan di meja restorennya tapi dengan syarat perlu pesan minuman. Saya pesankan teh dan kami makan makanan yang kami bawa sepuas-puasnya dengan ditemani angin pantai. Semuanya berjalan dengan lancar, namun teh sampai agak lambat.
Kami pulang agak lambat. Saya tidur di luar bilik dengan harapan tidak bangun lewat.
bahang PMPI masih terasa..
BalasPadam@Mukmin Mohd Khairi: Cuba baca tajuk. Baru hari kedua... Hehe...
BalasPadam