PMPI09: Hari pertama
Image via Wikipedia
Kami singgah di masjid di pertengahan jalan untuk solat Subuh. Kemudian ke Pantai Ageba. Kami sarapan dengan roti untuk dimakan dengan jem, lensyun (kepingan daging kisar), keju dan coklat. Selesai sarapan, semua ke tepi pantai untuk acara seterusnya.Dalam kumpulan, kami diberi sebiji bola tenis dan cuba untuk pindahkan bola tersebut antara kami dengan syarat semua tangan tersentuh bola dan bola tidka jatuh ke tanah. Kami berjaya mencatat rekod 1.6 saat. Namun, ia bukan yang terpantas.
Kemudian, kami dikehendaki untuk buat nada bunyi tanpa perkataan. Kami pilih lagu "Puji dan Syukur pada Ilahi" buat nada yang terbaik yang kami mampu buat. Keputusannya agak sumbang. Oh~
Pantai Nakhlah
Kemudiannya kami bertolak ke Pantai Nakhlah -- tempat kami diberikan rumah untuk menginap. Kami dapat rumah di tingkat bawah bangunan ketiga. Rumah agak mewah tapi lantai agak berpasir. Masa untuk mengemas!
Selesai mengemas dan solat, kami diberi bahan makanan untuk dimasak. Menu hari itu adalah tomyam ayam. Kebetulan saya bawa kiub tomyam dari rumah. Maka, kami dapat makan dengan agak mewah.
Aktiviti seterusnya di tepi pantai. Semuanya tak melibatkan air. Selesai semua aktiviti, kami diberi keizinan untuk mandi. Saya turun ke laut sekejap, namun terasa serik sebab airnya sangat masin! Esok tak nak dah!
Pulang ke rumah, kami masak ayam masak merah dan makan sebelum solat. Pada malamnya ada aktiviti membina platform dengan surat khabar untuk menampung sebuah kamus. Produk kami kukuh, tapi tak sesuai untuk mengimbang sebuah kamus. Oh~
Kami pulang ke rumah dengan agak hampa. Namun, kemesraan antara kami semakin terjalin.
ukhwah tu kemenangan yang ternyata. =)
BalasPadam@Balqissy: Ia anugerah yang tak ternilai.
BalasPadam