Antara dua

GeForce logoImage via Wikipedia

Setiap hari adalah hari yang baru. Tidak sama dengan semalam.

Hari ini terasa sedikit perlahan. Mungkin juga sedikit muram. Ia normal. Tetapi, boleh diubati. Selepas saya buat sedikit kira-kira, saya keluar untuk menukar duit dolar Amerika saya kepada genih Mesir. Kemudian, terus ke Bawabah dan menaiki teksi dari sana ke Technology Mall, bersebelahan El-Sarag Mall yang terkenal di sini.

Di pusat membeli belah empat tingkat ini saya praktikkan apa yang selalu saya lakukan di kedai-kedai runcit sewaktu saya sekolah rendah dahulu. Pusing satu kedai, baru beli barang yang diingini. Bermula aras bawah, saya mulakan pencarian.

Kad grafik Nvidia GeForce 8400 GS berharga LE 350. Tetapi, memorinya hanya 512MB. Saya cari 1GB. Bertemu pula Nvidia GeForce 8500 GT berharga LE550. Memorinya 1GB. Seperti yang saya idamkan. Tapi, di sebelahnya Nvidia GeForce 8600 GT. Memorinya juga 1GB. Tapi, harganya LE630. Apa beza keduanya?

Jantung saya berdegup kencang bila memerhatikan kedua-duanya. Saya cuba tenangkan fikiran dengan mula mencari barang lain. Kali ini dari tingkat empat turun ke bawah.

Kali ini saya berdepan dengan satu lagi pilihan antara dua benda yang sama-sama memikat hati. Satu stereng untuk PC tanpa jenama, tetapi lengkap dengan tuil gear dan brek tangan. Yang satu lagi, tidak ada tuil gear dan brek tangan, tetapi berjenama -- Genius. Kedua-duanya ada fungsi getar. Satu fungsi yang menambahkan keseronokkan bermain. Apa yang menariknya, kedua-duanya bernilai LE200.

Tangan saya mulai berpeluh menandakan saya sedang gemuruh. Ada pilihan yang harus saya buat! Sengaja saya tidak mengira jumlah wang yang ada di dalam poket. Saya biarkan ia menjadi satu misteri. Pada saya, ini adalah satu tindakan yang perlu buat masa sekarang.

Akhirnya, setelah keputusan dibuat, dan saya telah memilih apa yang saya mahu, saya pulang dengan hati yang girang sambil menghayunkan beg plastik yang berisi barang yang saya beli. Oh, indahnya hari ini!

Saya beli dakwat printer dan tetikus. Hanya LE95 untuk kedua-duanya. Dan saya tahu, saya telah membuat pilihan yang tepat!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman