Tips blog yang berkualiti

Blogger (service)Image via Wikipedia

Laman web yang berkualiti adalah laman web yang kandungannya bermanfat, mempunyai design yang menarik dan tidak mengambil masa yang lama untuk diproses. Di sini saya senaraikan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mempercepatkan blog anda diproses:

Bilangan pos: Semakin banyak pos yang dipaparkan pada laman web, semakin lama masa yang diambil untuk diproses oleh pelayar. Anda boleh mengubah bilangan pos yang dipaparkan dengan mudah pada tab Setting > Formatting. Bilangan pos yang dicadangkan ialah 10 dan ke bawah.

Javascript dan links luar: Untuk kelajuan yang optimum, ada dinasihatkan untuk menggunakan widget yang sedia ada dalam Blogger. Tetapi, jika anda perlu menggunakan javascript luar, anda perlu pastikan javascript itu diletakkan pada bahagian akhir kod blog anda.

Gambar dan media: Lagi banyak gambar, video dan media lain yang anda letak pada blog anda, semakin lambat pelayar memproses laman tersebut. Untuk penggunaan media yang optimum, kecilkan saiz gambar yang anda gunakan atau gunakan thumbnail dan linkkan ke gambar asal. Anda direkemen untuk menggunakan Picasa Web Album untuk memasukkan gambar ke dalam blog atau untuk memaparkan galeri gambar pada blog anda.

Cadangan lain: Sekiranya anda ada menambahkan CSS pada blog, pastikan anda memasukkannya pada bahagian atas kod blog anda. Kandungan yang paling penting dalam blog anda sepatutnya dipaparkan terlebih dahulu berbanding yang lain. Gunakan Stopwatch untuk melihat prestasi blog anda dan ubahsuai jika anda dapati ada bahangian yang lambat diproses.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. http://cat-and-girl.blogspot.com/

    info yang berguna. TQ

    BalasPadam
  2. Sangat2 bermanfaat sesiapa saja yang kurang mengatahui pengurusan Blog..Tq, teruskan penyataan asas serupa ini yang amat berguna.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman