Samun

ThievesImage by Dunechaser via Flickr

Isu keselamatan menjadi topik perbualan sekarang. Mungkin ada yang berasa selamat membawa pasport dengan visa yang sah ke sana sini. Sekiranya anda tidak pandai menjaga keselamatan diri dan harta benda anda, anda berkemungkinan akan terbabit dalam satu lagi masalah yang besar. Disamun.

Kejadian ini telah lama berlaku berulang kali. Namun, ia mengganas sekitar awal tahun 2008 baru-baru ini. Ada yang mengatakan wujud geng samun yang dianggotai warga Mesir dan Somalia yang memburu mangsa-mangsa yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Sungguhpun kebelakangan ini jarang kedengaran berlaku kes samun di kalangan kita, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Elakkan berjalan di lorong-lorong yang sunyi. Elakkan berjalan sendirian. Tiga orang adalah jumlah yang sesuai dan selamat. Untuk pelajar perempuan, seeloknya berjalan dalam kumpulan yang besar dan ditemani seorang pelajar lelaki (musyrif) atau lebih. Elakkan keluar di waktu malam, lebih-lebih lagi lewat malam. Jika terpaksa, pastikan anda ditemani rakan-rakan atau maklumkan rakan-rakan kedudukan anda dan ke mana anda tuju. Pastikan juga telefon anda sentiasa ada kredit yang cukup.

Jika anda diekori, segera bergegas ke tempat yang ramai orang. Hubungi rakan anda dan minta bantuan mereka untuk hubungi sesiapa yang berhampiran dengan lokasi anda. Berlari jika perlu dan mampu.

Elakkan daripada membawa wang dalam jumlah yang besar. Simpan barang berharga anda dan jangan pamerkannya. Sebagai contoh, telefon bimbit, pemain MP3, external hard disk dan barang kemas.

Sekiranya anda telah disamun, jangan malu untuk mengakuinya dan segera laporkan kepada pihak yang berkenaan. Cerita anda sangat penting untuk direkodkan. Penyamun biasanya menggunakan startegi yang sama untuk menyamun. Dengan maklumat yang tepat, pihak yang berkenaan mudah untuk mengambil tindakan.

Antara barang yang paling berharga ialah pasport. Pasport Malaysia adalah antara yang paling laris di pasaran gelap. Oleh itu, ambil langkah berjaga-jaga, sama ada membawa dan menyimpannya di tempat yang selamat, atau bawa salinan pasport sahaja untuk ke mana-mana.

Kenalpasti kawasan-kawasan yang sering berlaku kes samun, seperti Suq Sayyarat dan sekitarnya. Elakkan dari menggunakan jalan ini. Kenalpasti jalan alternatif dan apa yang ada di sekelilingnya. Mana tahu ia berguna dalam kes-kes kecemasan.

Ingat, jenayah berlaku kerana ada peluang.

Allahumma nasaluka salamata wal afiah!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman