Suluk At-Talib Al-Muslim


Suluk At-Talib Al-Muslim, originally uploaded by rdhanz.

Satu lagi kutaib (kitab kecil) habis dibaca. Kutaib ini berjudul Suluk At-Talib Al-Muslim (Pekerti Pelajar Muslim) yang merupakan salah satu dari siri-siri ceramah Ustaz Wajdi Ghanim, seorang pendakwah yang terkenal di Mesir.

Kutaib ini terbitan Dar Salam, Mesir, bersaiz poket dan disusun isinya dalam tujuh bab. 59 muka surat ini mengandungi pesanan-pesanan untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan universiti.

Petikan yang menarik dari buku ini: "Nabi Sallallahu alahi wa Sallam bersabda, "Tidak berlalu dua tapak kaki seorang hamba pada jalan Allah melainkan terhapus dengannya api neraka."[1] Tidak mungkin kamu melalukan kedua tapak kakimu pada jalan Allah, maka jadikanlah pembelajaranmu pada jalan Allah, dan jadikanlah kuliahmu atau kolejmu pada jalan Allah. Untuk itu, saya menyeru kepadamu supaya mensucikan niat." -- Bab 1: Ikhlas Niat Kerana Allah Taala.

[1] Sahih Bukhari (2811), Kitab Al-Jihad wa As-Siir -- Bab Man Aghbarat Qadamahu fi Sabilillah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman