Abang

Seorang abang berkata-kata kepada adiknya dengan nada separa sebak, "Kenapa awak macam ni. Saya kecewa lihat awak begini." Remuk hati yang mendengar. Benar, kami sering gelak bersama. Bahkan dalam banyak situasi, dia yang memulakannya. Tidak terlintas dalam hati bahawa dia menaruh harapan yang besar -- untuk si adik menegur dirinya.

Termenung panjang. Mata mulai berkaca-kaca. Hati menilai, apakah manik-manik ini keluar kerana Allah atau kerana manusia? Andai kerana manusia, maka sekali lagi saya melakukan sesuatu yang sia-sia. Tapi, jika kerana Allah, saya pohonkan agar ada keberkatan yang disertakan bersamanya.

Saya tidak boleh menangis di hadapannya. Andai saya menangis, maka diapun akan turut menangis. Tangisan lelaki menggambarkan putus asa. Apalagi yang lebih teruk selain melihat dua anak lelaki dalam keluarga sama-sama menangisi kehidupan. Perlu ada yang matang, yang tidak mudah dikalahkan oleh hari.

Moga Allah membukakan pintu hati kami, menyinarkannya dengan hidayah dan menuntunnya dengan taufiq. Kerana kami wakil dua insan yang sangat berjasa kepada kami, untuk kami teruskan apa yang telah mereka mulakan.

Ramadhan Awang
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman