Hilang maklumat akaun

Private Folder password promptImage via Wikipedia

Saya ada mendaftar domain dan hosting dengan syarikat Malaysia, E-Commerce Mastery, kelolaan Saifulsham, gandingan dua blogger yang sangat berbakat dalam perniagaan Internet. Lebih-lebih lagi bagi teknik dropshipping.

Nak dijadikan cerita, dek kerana lama terbiar, saya terlupa login dan password domain dan hosting saya tu. Oleh kerana sudah hampir setahun, dan tempoh langganan akan tamat, saya pun terkial-kial mencari maklumat akan saya. Setelah puas cuba mengingat kembali maklumat akaun saya, saya mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari pihak syarikat untuk menyelesaikannya.

Dalam tempoh 24 jam, masalah saya dilayan. Pihak syarikat telah reset password akaun saya dan mengirimkannya melalui e-mel. Saya tak sangka secepat itu.

Selain meneruskan langganan, saya rasa artikel penghargaan seperti ini adalah tanda terima kasih saya kepada pihak syarikat. Terima kasih!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman