Rumah Sewa 700

A DSL ModemImage via Wikipedia

Alhamdulillah, printer sudahpun berfungsi dengan baik selepas diservis semula. Printer perlu sentiasa digunakan, sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mengelakkan dakwat membeku pada hujung cartridge. Sekiranya ini terjadi, maka tiada cara lain melainkan menukar catridge. Cartridge original berharga LE100, manakala cartridge tiruan berharga LE65. Kedua-duanya berdakwat hitam. Untuk cartridge warna, sudah tentu tinggi lagi harganya.

Dengan ini secara rasminya, saya memulakan semula perniagaan yang telah terhenti untuk sekian lama. Kalau dulu, saya melakukan promosi secara meluas di sana sini, kali ini, cukuplah di blog ini dan promosi cara word-of-mouth dari kawan-kawan. Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan di Rumah Sewa 700:

Internet:
(Kami sediakan Internet DSL menggunakan LAN. Sesuai bagi pengguna laptop yang ingin update perisian antivirus mereka. Kalau tak ada laptop pun boleh guna komputer rumah ni)
- Sejam: LE0.50
- Sehari: LE5
- Sebulan LE25
* Sekarang ini kami menggunakan DSL berkelajuan 256Kbps.

Printing: LE0.25 sekeping
Scanning: LE0.25 sekali scan

Bagaimana untuk ke Rumah Sewa 700?
Sekiranya anda berada di Kompleks Pelajar Malaysia di Asyir, anda boleh lihat blok-blok di seberang jalan yang ada kedai runcit (Awlad Muhsin), kedai barangan plastik, bengkel kereta, kedai barangan muslim (Riyadhus Solihin), Restoren Malizi dan kafe siber (baru nak buka). Kami berada di blok tersebut di tingkat 4. Pada pintu rumah kami tertampal rekod bacaan meter elektrik dan gas atas nama Ustaz Abdul Hakim.

Bagaimana berurusan dengan kami?
Seeloknya maklumkan dahulu kedatangan anda. Kadang kala rumah ini agak bersepah dan tidak begitu menyenangkan untuk tetamu hadir. Hubungi saya di talian +20105841265 (Ramadhan). Sekiranya anda sudah berada di hadapan pintu rumah kami, bunyikan loceng dan anda akan dilayan sejurus selepas itu.

Waktu berurusniaga bermula seawal sesudah Solat Subuh sehingga jam 11.00 malam. Ini untuk hari-hari biasa. Untuk musim-musim peperiksaan, adalah lebih baik jika anda mengulangkaji dan tidak bermain Internet, melainkan untuk urusan-urusan penting sahaja. Kami takkan hadkan masa, tapi, faham-faham sendirilah.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam, saya selaku housemate rdhanz merangkap AJK persatuan rumah sewa 700 berharap agar bisnes berjalan lancar.

    p/s: klu untung banyak boleh g makan nasi hadramaut...

    BalasPadam
  2. Amiin...
    Kebetulan banyak kafe siber tutup kerana operasi semalam.
    Anda akan dihidangkan dengan minuman dan makanan percuma jika datang tepat pada masanya.
    Untuk lebih meriah, bawa bersama jambu sekilo atau masrawy dan yang seumpama dengannya. Boleh kita jamu sama-sama.

    BalasPadam
  3. err.....klu dari manial nak ke sane......
    susah laa gak kan.....
    campur2 kos2 tambang lagi....uishh...

    tak de khidmat tausil ker...heheheh

    BalasPadam
  4. Kalau nak print dokumen, boleh send melalui e-mel atau YM. Tak ada masalah. Enta kan selalu ke Asyir, boleh la jumpe mana-mana.

    Kan Saif, kan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman