Persaudaraan dan Berlapang Dada


Al-Ukhuwwah wa Salamah As-Sadr, originally uploaded by rdhanz.

Sebuah lagi kutaib berjaya dihabiskan. Memang kutaib ini nipis dan isinya ringan. Tidak menjadi masalah sepatutnya untuk saya segera habiskan kesemua 13 buah yang saya ada.

Jumlah muka suratnya lebih kurang sama, 31 muka surat. Tajuk aslinya ialah, "Al-Ukhuwwah wa Salamah As-Sadr," yang saya terjemahkan sebagai, "Persaudaraan dan Berlapang Dada."

Walaupun isinya ringan, tapi untuk beramal dengan apa yang telah tertulis tidaklah semudah menghabiskan kutaib ini. Ia memerlukan langkah pertama individu yang disusuli dengan tindakan secara kolektif. Nama pun tentang persaudaraan. Sudah tentu ia melibatkan lebih daripada seorang. Moga Allah mengurniakan kita taufiq untuk kita mengamalkan hakikat sebenar persaudaraan yang dianjurkan Islam. Saya akui diri ini masih banyak kelemahan, namun berkat doa dan bantuan kalian, insyaAllah kita sama-sama realisasikan apa yang kita sama-sama impikan.

"Saudaraku! Demikianlah apa yang dikehendaki untuk kita buat sebagaimana yang mereka -- Radhiallahu anhum -- telah buat; dengan mendengar sabda Nabi kita Sallallahu alaihi wa Sallam kemudian menghayati dan melaksanakannya. Sehingga bertambah ikatan persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah -- Jalla wa Ala -- antara kita. Sehingga kita menjadi saudara yang saling berkasih sayang keranaNya Azza wa Jalla."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman