Jimat LE0.20

Vodafone RomaniaImage via Wikipedia
Semasa saya mula-mula tiba di Mesir, saya diperkenalkan dengan Vodafone. Salah satu daripada dua syarikat telekomunikasi yang ada di Mesir pada masa itu. Sekarang, selain Vodafone dan Mobinil, muncul syarikat baru yang memecahkan monopoli kedua-dua syarikat ini iaitu Etisalat. Senario yang hampir sama dengan apa yang berlaku antara Maxis, Celcom dan Digi.

Apa yang menariknya untuk dikongsikan di sini, untuk memeriksa baki kredit telefon Vodafone, saya perlu mendail 868 dan menunggu arahan selanjutnya dari operater. Dan saya dicaj LE0.20 setiap kali saya memeriksa baki. Setiap kali saya bercerita hal ini kepada orang Malaysia, kebanyakkannya akan menggelengkan kepala.

Namun, di sana ada satu alternatif untuk mengetahui baki kredit tanpa dikenakan sebarang caj, iaitu dengan mendaftarkan nombor anda di laman web Vodafone Egypt. Cuma, kerap kali login saya tersekat kerana masalah dalaman server.

Nota:
* LE = Simbol tempatan untuk Pound Mesir.
** Sifir mudah untuk tukaran matawang Mesir: RM1 = LE1.50


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman