Selamat tinggal, Opera!

Image representing Opera Software as depicted ...Image via CrunchBase
Sejak berkenalan dengan Opera, saya terus jatuh cinta dengannya. Dua perkara utama yang tak terkalah oleh pelayar lain iaitu kelajuan dan fungsi zoomnya. Tambahan, hampir semua fungsi yang mungkin ada pada pelayar lain pasti akan ada pada Opera.

Namun, makhluk sememangnya tiada yang sempurna. Apatah lagi program yang direka manusia. Tentu banyak cacat celanya. Opera tidak berapa mesra Blogger. Ada beberapa fungsi pada Blogger yang tak dapat saya guna kerana saya menggunakan Opera. Oleh kerana minat saya pada blog mengatasi cinta saya pada Opera, saya akur untuk mencari solusi, sungguhpun dengan meninggalkan Opera.

Sehingga suku ketiga tahun 2008, 72.22% pengguna Internet menggunakan pelayar standard Internet Explorer. 19.48% menggunakan Mozilla Firefox dan 0.71% menggunakan Opera. Selebihnya menggunakan pelayar seperti Safari, Netscape, Chrome, Mozilla dan lain-lain. Peratusan ini berdasarkan anggaran pengguna Internet pada tahun ini iaitu seramai 1.4 bilion orang.

Walaupun ego saya tetap lagi bersama Opera kerana kelajuannya, tapi, saya akur dengan kualiti Firefox yang sederhana dari sudut rekabentuk dan fungsi-fungsi tambahan seperti mouse gesture, text-to-speech dan voice control, tapi sempurna dari sudut keselesaan melayari laman web. Bersama Opera, bukan sekali saya mengalami kekeliruan kerana laman web yang terpapar seakan-akan kurang siap atau dibina dengan kurang teliti. Padahal Opera yang menyusunnya begitu.

Jadi, mulai sekarang saya memilih untuk bersama dengan Mozilla Firefox sebagai pelayar utama saya. Buat Opera, jangan bersedih hati. Baiki kelemahan dirimu, pasti suatu hari nanti cintaku akan hadir kembali untukmu.

Adios!



Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Hi there how are you? I was looking through your blog and found it interesting and wanted to leave you a comment.

    I have an ivitation for you to come and visit my art blog here in San Diego, and comment if you will.

    I think that you may enjoy the various labels and music videos I design for my art blog, hope to see you here soon and take care :)

    BalasPadam
  2. I'm fine, thank you.
    Thanks for visiting. I'll visit yours!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman