Meragam...

GeForce 8800 GTX photo. Taken by uploader.Image via Wikipedia

Kepala masih pusing dengan karenah komputer yang sesuka hati terpadam sendiri. Mengikut bacaan suhu dari perisian SpeedFan, ternyata ada masalah kepanasan pada sistem komputer saya. Terutamanya pada kad grafik yang pada keadaan biasa pun sudah mencecah 60-65C.

Kerana itu semalam saya mengintai-ngintai harga barang di Technology Mall, pusat membeli belah barangan komputer yang menjadi pilihan saya. Fokus utama saya ialah harga power supply. LE85 untuk power supply biasa berkuasa 750W.

Sambil-sambil, saya mengintai harga kad grafik. Nvidia GeForce 9500 GT 512MB berharga LE570 manakala Nvidia GeForce 8600 GT 1GB bernilai LE680. Dan steering wheel Genius masih kekal pada harga yang sama iaitu LE200.

Kalaulah ada yang sudi belanja... :-D
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. bolehkah saya tahu erti sebenar teknologi komunikasi yang tengah saya kongsikan di dalam blog saya?? apakah tujuan sebenarnya selain mendapatkan maklumat?? ini adalah sebahagian daripada projek presentation saya. tapi, aku keliru apakah informasi turut sama dalam bidang ini...

    BalasPadam
  2. Teknologi komunikasi secara ringkasnya adalah semua jenis teknologi yang membolehkan pengguna mencipta maklumat, mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat. Ia termasuk telefon, telegraf, emel, pos, Internet dsb.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman