Sahabat...


Sahabat,
Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalunya bahagia. Sedekahkanlah satu senyuman ikhlas walau di hatimu tak lagi mampu bertahan. Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka. Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran. Hiduplah dalam iman walau hari di penuhi godaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan. Bukti kasihNya. Kita wujud di dunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengaku keimanan padaNya. Jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu. Perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi. Moga lelahmu dihargai Illahi walau dicemuh insani.

* From N via Yahoo Messenger.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman