Cita-cita dan Harapan


Al-Amal wa Al-Hilm, originally uploaded by rdhanz.

Tiada yang menggerak jari saya untuk menulis hari ini. Maka, saya usahakan untuk habiskan kutaib ini supaya ada sesuatu untuk ditulis. Kebetulan kutaib ini telah saya baca separuh. Maka, tinggal lagi separuh untuk dihabiskan.

Dalam 32 muka surat, Ustaz Amru Khalid menulis dalam nada yang berapi-api tentang cita-cita dan impian yang sepatutnya setiap muslim ada. Jelas dan terang mesej yang dibawa. Apatah lagi jika disandarkan dengan judul siri ini yang diinspirasikan dari ayat Al-Quran, "Hatta yugayyiru ma bi anfusihim." (Sehingga mereka sendiri yang mengubahnya)

Buku ini boleh dijadikan inspirasi tatkala jiwa kelalaian dan dalam keadaan kering dan lemah.

"Permulaan bagi cita-cita adalah impian, yang kamu hidup deminya, dan kamu berharap ia akan terlaksana. Maka semestinya ia akan terlaksana.

Kamu mesti mengimani dengan ibarat ini; apa sahaja yang kamu inginkan, kamu perlu impikannya, kemudian kamu hidup deminya, maka semestinya kamu merealisasikan apa yang kamu mahu. Dan beginilah undang-undangnya.

Marilah kita sama-sama impikan!

Marilah sama-sama kita impikan umat seluruhnya boleh memasukki Masjid Al-Aqsa yang ditunggu-tunggu.

Ubah impian anda kepada impian untuk masuk Masjid Al-Aqsa, dan saya tanamkan cita-cita ini pada diri anda, sebagaimana yang dilakukan Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dengan para sahabatnya -- Ridhwanullah alaihim -- dan ia akan tercapai dengan izin Allah Azza wa Jalla.

Marilah sama-sama kita impikan untuk masuk Masjid Al-Aqsa dari pintu yang disabda Musa Alaihi As-Salam kepada kaumnya, "Dan masukilah pintu gerbangnya sambil membongkok, dan katakanlah, "Bebaskanlah kami (dari dosa-dosa kami)."

Marilah sama-sama kita impikan untuk melihat Qubbah As-Sakhra!

Marilah sama-sama kita impikan untuk melihat pohon-pohon zaitun!

Marilah sama-sama kita impikan untuk melihat pintu-pintu Masjid Al-Aqsa!

Marilah sama-sama kita impikan untuk melihat tingkap-tingkap Masjid Al-Aqsa!

Marilah sama-sama kita impikan untuk melihat tempat Isra' Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam!

Marilah kita sama-sama impikan untuk melihat muslimin di Masjid Al-Aqsa dalam keadaan mereka mengulangi firman Allah Azza wa Jalla, "Dan katakanlah, "Kebenaran telah datang dan kebatilah telah lenyap." Sungguh yang batil pasti lenyap."

Marilah sama-sama kita impikan untuk melihat muslimin dalam keadaan bersolat dalam Masjid Al-Aqsa dan bersujud pada tempat Isra' Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam dan pada tempat yang Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam menunaikan solat padanya!

Marilah kita sama-sama impikan supaya kita berada pada tempat di mana Solahuddin Al-Ayubi -- Rahimahullah -- pernah berada!

Marilah sama-sama kita impikan untuk kita melihat undang-undang dan pemerintahan kembali kepada muslimin di Iraq!

Saudaraku!

Inilah impian-impian yang akan tercapai jika kita kembali beramal dengan firman Allah, "Sesunggunya Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri."

Inilah impian-impian yang boleh terealisasi jika kita ikhlaskan diri kita dan memburu kejayaan dalam pekerjaan kita, jika kita berjaya dalam pelajaran kita, jika kita menjadi orang yang positif, jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, jika kita membina negara kita dengan ikhlas, dan kita bekerja dengan bersungguh-sungguh!"

* Afwan ala taqsiir! (Maaf atas kekurangan!)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman