Tokoh-Tokoh Islam


Tokoh-Tokoh Islam, originally uploaded by rdhanz.

Saya memegang dengan bangga naskhah Tokoh-Tokoh Islam keluaran Biro Informasi dan Penerbitan, Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu. Mesir. Setiap helaian yang saya belek, terimbau saat-saat bertungkus-lumus menyusun dan mengaturkannya. Ia tugas yang sukar dan cerewet. Apatah lagi bagi saya yang kurang ilmu, tetapi minat untuk menerbit. Satu dilema yang memeningkan.

Tapi, ini bukan majalah saya. Saya kebetulan ditugaskan sebagai perekabentuk bagi majalah ini. Itupun bukan semua yang saya lakukan. Proses pembikinan telah berhenti setakat membuat softcopy untuk majalah ini di bawah seliaan saya.

Itu apa yang berlaku dalam sesi 2006/2007. Menariknya, exco yang bertanggungjawab pada sesi 2007/2008 mengambil inisiatif untuk meneruskan projek majalah ini. Hasilnya, apa yang ada di tangan saya sekarang.

Sungguh mengharukan bila ada yang meneruskan apa yang kita telah mulakan. Memang ada beberapa isu teknikal yang zahir nampak pada hasil akhir buku ini, tapi pada saya ia sudah cukup baik. Kerana saya tahu dengan pasti bagaimana rumitnya untuk menerbit. Merangka, membikin dan mencetak bukanlah tugas yang mudah.

Kepada yang berminat untuk mendapatkannya boleh menghubungi Ustaz Tengku Khairul Idham di talian +20166571062. Atau menerusi YM: tgidham@yahoo.com. Antara tokoh yang tersiar: Al-Qaradhawi, Said Nursi, Mariam Jamilah dan Syeikh Mutawalli Sya'rawi.

* Special thanks to: Hakim, Syamshul dan Nasiruddin.

Ulasan

  1. kalau kite nk tempah melalui ym, bleh deliver ke msia ke?is that service available?

    btw, nice design..tp if nama 'tokoh2 islam' tu di'blend' kan skit lg best..buat drop shadow ke..bg nmpak lg menyerlah..biarkan that words outtalk e bckground..just suggestion..

    neway, good job..! :)

    BalasPadam
  2. Um, setakat ini, begini la designnya. It's a hardcopy. Not a soft one.

    Dah dua orang Malaysia tanya pasal nak beli ni. I'll see what I can do.

    Trimas for leaving a comment.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman