Sekolah-sekolahku...

German WikipediaImage via Wikipedia

Semakin lama, semakin ramai kawan-kawan lama menjenguk blog ini. Saya melihat ia sebagai satu penghargaan dan permulaan yang baik untuk mengekal dan menyuburkan persahabatan yang sekian lama dibina.

Di sini saya coretkan serba ringkas perjalanan akademik saya supaya anda dapat kenalpasti di manakah kita mula-mula bertemu dulu. Saya bermula dengan Sekolah Kebangsaan Tok Jiring pada akhir tahun 1993 hingga 1998 tentunya dari darjah satu hingga darjah enam dan di situ jugalah saya menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Di sekolah ini saya pernah berada dalam kelas 1 Kuning, 2 Kuning, 3 Biru, 4 Shafie, 5 Shafie dan berakhir di kelas 6 Shafie.

Kemudian, saya memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring dan berada di sana selama tiga tahun; 1 Al-Furqan (1999), 2 Al-Furqan (2000) dan 3 Al-Furqan (2001). Kebetulan pada waktu itu ibu saya bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini sehingga tahun 2000. Semua adik beradik saya bersekolah di sekolah ini.

Selepas mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR), saya memilih Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Burok kerana tertarik dengan aliran Thanawi. Di sini, saya bersama kawan-kawan memeriahkan teratak Thanawi selama tiga tahun, bermula tahun 2002 hingga 2004 dan meninggalkan jejak di kelas Thanawi 1B, Thanawi 2B dan Thanawi 3A. Di sekolah inilah saya menduduki paling banyak peperiksaan, bermula dengan Sijil Pelajaran Malaysia (2003), Malaysian University English Test (2004), Sijil Tinggi Agama Malaysia (2004) dan Syahadah Thanawiyah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (2004).

Kini saya berada di Universiti Al-Azhar Asy-Syarif, Kaherah, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Bagi sesiapa yang pernah satu sekolah dengan saya, pernah satu batch dengan saya, pernah satu kelas dengan saya atau pernah duduk sebelah saya, saya minta tolong isikan borang di bawah. Saya bercadang untuk lengkapkan database maklumat kawan-kawan saya sejak sekolah rendah hingga sekarang. Tolong isi, ye!


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Update: Dah tiga orang join pagi ni. Terima kasih. Tolong sebarkan, ye!

    BalasPadam
  2. Dulu pernah terfikir nak buat kelab baru di smaasza tapi xkesampaian.KELAB BEKAS PELAJAR TOKJIRNG DI SMAASZA(SEMENTOJIZA).Mkin sbb namanya yg panjang kot tidak diluluskan kot!

    BalasPadam
  3. Haha, kalau setakat ahlinya seorang satu batch, rasanya tak perlu kelab kot :D

    BalasPadam
  4. Update: Dah 10 orang join. Isy, takkan 10 orang je? Rasanya masa sekolah rendah dulu 40 orang satu kelas?

    BalasPadam
  5. kene guna kaedah lain la.. nanti sy masukkan dlm iklan akhbar, nak? :P

    BalasPadam
  6. Itu membuka ruang untuk orang spam borang ni... Takpe, slow and steady.

    BalasPadam
  7. Update: 12 orang dah join. Yang duk Azhar sekarang ni pun boleh isi. Kira satu 'sekolah' la jugak, kan? Kawan-kawan universiti lagi la penting untuk ada contact number. Ye la, duk jauh-jauh blake...

    BalasPadam
  8. Update: Dah 15 orang. Oh, ini sudah bagus...!

    BalasPadam
  9. Update: The number is increasing. 17 orang dah sign in. Agak-agak berapa yang dapat kumpul menjelang tahun baru ni?

    BalasPadam
  10. Update: 18 orang. Artikel ni dah tenggelam dari muka depan blog. Kena fikir bagaimana nak timbulkannya balik...

    BalasPadam
  11. Update: 20 orang. Saya letakkan butang iklan di sebelah kanan blog. Harap cara ini akan menambahkan lagi bilangan yang ikut serta. Atau ada cadangan lain?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman