Baiki PC
Image via Wikipedia
Baru-baru ini kawan saya ajak saya temankan dia baiki beberapa PC yang berlonggok di rumahnya. Bila saya tengok sendiri, memang nampak banyak. Berlonggok. Dapat saya fahami perasaan kawan saya kalau PC tersebut tak dibaiki. Menyerabutkan.
Saya pun tak sedar bila saya berani untuk baiki PC. Sebelum ke Mesir, PC di rumah A.yed yang baiki. Saya cuma jadi penonton setianya saja tatkala dia membaiki. Paling tidak tolong apa-apa yang patut. Selebihnya hanya tengok.
Entah macam mana, tiba di Mesir, kawan-kawan percayakan saya untuk baiki PC. Padahal saya cuma pandai guna saja.
Untuk tidak mengecewakan permintaan kawan-kawan, saya sanggupkan diri untuk membaiki. Tapi, tidak pula ingin meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka bahawa PC mereka akan berjaya dibaikpulih. Sekadar mencuba. Kalau tak hidup, cuba lagi. Dan lagi, dan lagi, dan lagi...
Alhamdulillah, salah satu dari tiga PC tadi berjaya dihidupkan. Ada dua lagi.
Dalam bab2 komputer ni, Saya mempercayai Saudara Rdanz...huhu
BalasPadamBoleh tulun baiki pc saya???huhu
salam idiladha, rdhanz..
BalasPadamlagi 2 tu insyaAllah =D
@Idham: Betul-betul rosak ke? :-)
BalasPadam@Balqissy: Thanks.
BalasPadam