Windows 7
Kehangatan Windows 7 sedang hebat diperbincangkan sejak kemunculannya di pasaran pada 22 Oktober baru-baru ini. Saya antara orang yang teruja dengan pelancarannya kerana pernah mencuba versi percubaan Windows 7. Proses untuk memasangnya mudah dan ia ternyata lebih baik dari versi sebelumnya -- Vista.
Cuma beberapa perkara yang ingin saya tahu dengan lebih lanjut kerana ia membantu saya untuk membantu orang lain memasang Windows 7 pada PC mereka:
1. Harga Windows 7 di Mesir.
2. Prestasi Windows 7 berbanding Windows XP.
3. Kemampuan Windows 7 menyokong perkakas komputer yang lama.
Dan beberapa persoalan lain yang bermain-main dalam fikiran saya, namun tak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata buat masa sekarang.
Apa pendapat anda tentang Windows 7?
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=863b8b7a-f29c-4cbb-b89c-cf8188625816)
Ulasan
Catat Ulasan