Peperangan laman sosial menjelang 2010

Facebook surpassed Friendster in SingaporeImage by enda_001 via Flickr

Kita akan menyambut tahun baru 2010 tak lama lagi. Sebagai persediaan menghadapi tahun baru, perubahan demi perubahan telah dilakukan pada laman sosial bagi memastikan mereka mampu mengekalkan jumlah pengguna yang mereka ada sekarang dan juga menarik pengguna baru ke laman mereka.



Pada 2 Disember 2009, Mark Zuckerberg, pengasas Facebook telah mengumumkan  kemaskini polisi kerahsiaan terkini laman tersebut. Pembaharuan ini dilakukan demi memenuhi kepelbagaian keperluan penggunanya.

Sebulan sebelum itu Twitter melancarkan fungsi 'List' pada lamannya, iaitu satu cara baru untuk menyusun senarai pengguna Twitter yang diikuti dan juga cara baru untuk berjumpa dengan pengguna-pengguna baru.

Pada 8 Disember pula, Myspace telah membeli laman web perkongsian lagu iaitu Imeem dalam usahanya mempelopori industri muzik di Internet.

Friendster pula berwajah baru setelah dibeli oleh MOL Global, sebuah syarikat IT berpengkalan di Malaysia.

Orkut, laman sosial milik Google juga tidak mahu ketinggalan dengan perkembangan ini dan telah membuat perubahan besar-besaran dengan menambah pelbagai aplikasi dan paparan yang lebih menarik.

Adakah Facebook akan masih kekal menerajui sebagai laman sosial yang paling popular selepas ini? Apa pula pembaharuan dan fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan selepas ini?

Dari kaca mata seorang muslim, apakah cara yang  terbaik untuk kita manfaatkan laman sosial ini?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. peperangan bermula..tengok siapa yang di atas..=)

    BalasPadam
  2. Xtau pon pasal orkut. ketinggalan zaman IT dah -_-

    BalasPadam
  3. rasanya facebook akan bertahan sebagai laman sosial paling popular buat tempoh yang lama :)

    BalasPadam
  4. 'Bacakan 2 kalimah syahahah' bagi Facebook.

    BalasPadam
  5. @Liyana: Kita lihat siapa yang kena... :-)

    BalasPadam
  6. menangi hati anak2 muda yang kebanyakannya aktif bersosial di laman maya ini utk menyampaikan mesej islam kepada mereka...

    BalasPadam
  7. @Balqissy: Orkut memang tak popular di Malaysia.

    BalasPadam
  8. @Munawwar: Google Wave sedang cuba untuk menyaingi Facebook. Nantikan kemunculannya.

    BalasPadam
  9. @Shahibul Afzan: Inilah yang sedang saya fikirkan sekarang. Dalam masa yang sama, membaiki diri sendiri juga.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit