Artikel pilihan November 2009

AUCKLAND, NEW ZEALAND - AUGUST 07: In this ph...Image by Getty Images via Daylife

Lama betul tak menulis. Sedar tak sedar kita sudah dalam bulan Disember. Untuk kali ini saya ubah sedikit apa yang biasa saya buat -- laporan bulanan -- dengan membahagikan ia kepada dua artikel yang berbeza; artikel pilihan dan blog pilihan.



Berikut adalah artikel yang menerima kunjungan terbanyak sepanjang November 2009:

1. Rukun Islam dan rukun Iman
2. 5 rukun khutbah
3. 6 rukun wudhu'
4. Laporan Oktober 2009
5. Diet seimbang
6. 10 rukun solat
7. Sejarah perkembangan Islam
8. Doa lembutkan hati anak
9. 5 peranan Al-Quran kepada manusia
10. 6 cara kuatkan iman dengan Hari Akhirat

Sepanjang setahun saya menulis di blog, saya tidak mengehadkan topik tulisan saya. Apa yang terlintas di fikiran akan saya abadikan dalam bentuk tulisan. Namun, berdasarkan senarai di atas, lapan dari sepuluh tulisan yang menerima kunjungan yang terbanyak di blog ini adalah berkisar tentang pengetahuan asas agama Islam.

Ini satu peluang dan seruan kepada kawan-kawan lain yang saya tahu lebih berbakat dan punya maklumat yang lebih banyak berbanding saya. Ruang terbuka sangat luas untuk kita menyumbang sedikit kepada masyarakat.

Untuk rujukan, sepanjang usia blog ini, saya menerima carian kata kunci berikut:
1. rukun islam (409)
2. rukun iman (268)
3. rukun islam dan rukun iman (132)
4. rukun iman dan rukun islam (78)

Jelas menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia memerlukan maklumat-maklumat asas seperti ini.

Masa untuk menyumbang, dan pastikan maklumat yang ditulis itu benar dan tepat.

Apa pendapat anda?

Fakta nombor:
Pageviews - 37,500 (+2900)
Twitter - 781 followers (+57)
RSS Subscribers - 349 (+17)
Followers -187 (+4)
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit