Pedih

Sehangat embun
Sedingin mentari
Secerah malam
Segelap siang
Sehingar sunyi
Setenang riuh

***

Pada jiwa yang mencari
Akan tetap mencari
Hanya berani berhenti
Saat hidup bertemu mati

Pada jiwa yang menanti
Akan tetap menanti
Hanya berani berhenti
Saat hidup bertemu mati

***

Kayuh tetap kayuh
Walaupun telah lumpuh
Kayuh tetap kayuh
Luka harus sembuh

***

Berpinar akal,
   Mencari jawapan;
Berpinar hati,
   Bertanyakan soalan.

***

Setiap goresan
Akan ditanyakan


Ramadhan Awang
Hayy 10, Cairo

Ulasan

  1. salam...semoga abe k baik2 shj disana...gudluck exam today=)
    barakaallah~

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam.
    Terima kasih. Saya baik-baik sahaja.
    :-)

    BalasPadam
  3. huhu..apa maknanya tu..x faham da..tinggi sangat bahasanya..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman