Catatan

Solat Jumaat di Masjid Biru

14 Ogos 2009 4.00am: Akhirnya kami tiba di Istanbul. Alhamdulillah. Tempat pertama yang saya tuju ialah masjid untuk saya tunggu Subuh. 4.30am: Tiba-tiba baru saya terperasan yang saya tertinggal Al-Quran di dalam bas! Saya bergegas ke stesen dengan menggalas beg. Tak berani saya tinggalkan beg di masjid. Semua barang adalah tanggungjawab peribadi. Di stesen, bas yang saya naiki sudah tiada. Saya beritahu kepada pemandu bas yang ada bahawa saya tertinggal Al-Quran di dalam bas dan tempat duduk saya bernombor lima. Mujur dia boleh berbahasa Inggeris. "Five minutes," ujarnya. Saya belum benar-benar lega sebelum dapat lihat sendiri Al-Quran tersebut. Saya menyalahkan diri sendiri kenapa terlalu cuai. Tak lama kemudian, seorang pemandu lain muncul dengan Al-Quran saya di tangannya. Alhamdulillah! Allahu akbar! Saya berterima kasih kepada kedua pemandu tersebut dan menuju ke masjid. Sebelum tiba di masjid saya buat keputusan untuk bersarapan. Saya pilih kacang panggang ...

Perjalanan yang memenatkan

13 Ogos 2009 Banyak yang saya bualkan dengan Husin, seorang guru agama berbangsa Turki. Bahasa Arab menjadi perantaraan kami. Kami dihidangkan dengan teh beberapa kali dan TV di hadapan menayangkan filem Forbidden Kingdom lakonan Jackie Chan dan Jet Li. Pilihan yang menarik, tapi saya tak berminat untuk menontonnya. Apatah lagi bila suaranya sudah dialih bahasa ke Bahasa Turki. Jackie Chan cakap Turki. Lucu. Tapi belum cukup lucu jika dibandingkan Amitha Bachan cakap Indonesia sebagaimana yang saya tonton di rumah mak saudara saya di Johor. 2.15pm: Bas berhenti lagi untuk kali yang seterusnya. Saya mencari surau untuk solat. Saya bertanya kepada orang di sekeliling dan terlihat papan tanda mescit (masjid). Selesai solat, saya beli susu. Kami teruskan perjalanan. Kali ini kami dihidangkan dengan sebuah filem komedi Turki. Husin pada awalnya memberitahu saya bahawa filem ini adalah filem komedi yang menggunakan bahasa yang kesat. Tapi akhirnya dia kelihatan menikmatinya dan mencer...

Dari Damsyiq ke Antakya

12 Ogos 2009 4.25pm: Azan Asar berkumandang. Saya sudah Solat Asar, terus ke cyber cafe. Saya perlu maklumkan kawan saya di Istanbul akan keberangkatan saya malam ini. 5.20pm: Saya pulang ke rumah Ubai. Pada mulanya saya ingin tidur saja petang itu. Tapi, rasa rugi pula tidak luangkan masa dengan kawan-kawan serumah Ubai. Saya ingin manfaatkan pertemuan kami yang singkat ini. Sebelum itu saya ada minta Ubai untuk hubungi Nu'man, jiran saya yang belajar di sini. Malangnya dia demam teruk dan dia tak boleh datang. Kebetulan sekarang musim demam di sini. Tiba-tiba saya terasa suhu badan saya naik. Bimbang juga tak boleh masuk Turki sebab demam. Bahkan kerajaan Syria tidak benarkan masuk ke Lubnan kerana influenza A H1N1. Saya terus ambil dua biji kapsul habbatussauda yang saya bawa dari Mesir. Sememangnya jika saya terasa suhu badan berubah, saya akan ambil kapsul ini dan alhamdulillah, beberapa jam seterusnya semuanya kembali normal. Saya balutkan tubuh saya dengan jaket agar...

Hari yang panjang di Damsyiq

12 Ogos 2009 Nak beli tiket ke Istanbul perlu tunjukkan pasport dan saya tertinggal pasport di rumah Ubai. Maka, kami berpatah balik dan terus ke stesen bas. 12.15pm: Alhamdulillah, tiket bas telah dibeli dengan harga SP2000 (RM140). 1.00pm: Kami menuju ke masjid untuk solat. Dalam masjid tersebut terdapat tiga maqam. Salah satunya maqam sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam iaitu Abu Darda'. Di sisinya maqam Ibni Qudamah, pengarang kitab Mughni (kitab fiqh Hambali yang masyhur) dan maqam Amir Haji zaman Uthmaniah. Keluar saja dari masjid, saya terlihat kebun bunga yang cantik. Dari kejauhan saya dapat mencium harum bau bunga yang mekar. Kami teruskan perjalanan ke Suq Hamidi. Pasar yang sangat besar dan pelbagai. Suasana di sana sibuk dan sesak. Macam-macam barang dijual di Suq Hamidi. Bahkan setiap barang utama ada lorongnya. Lorong barangan kulit, lorong stokin, lorong kain dll. Ubai tunjukkan saya satu tempat bernama Dar Hadith, tempat di mana Imam Nawawi pern...

Bersama Syeikh Rusydi Khalab

11 Ogos 2009 Saya masih di luar, mengetuk pintu. Beberapa orang yang lalu lalang kelihatan curiga. Kebetulan ada seorang pemuda berdiri tak jauh dari saya. Entah apa yang dia buat. Akhirnya dia dekati saya dan... ... dia tekan loceng. La, ada loceng rupanya. Butangnya tak kelihatan sebab dikaburi dengan warnanya yang hampir sama dengan dinding (alasan). Sekejap saja selepas itu, pintu dibuka. Pemuda itu tersenyum sinis. Saya juga tersenyum sinis. Ah, malunya! "Ramadhan?" Oh, inilah sepupu Musab yang sepatutnya kami bertemu di Bab Musolla. Namanya Ubai. Kami bersalaman dan jelaskan situasi siang tadi. Telefon saya tak boleh hantar sms dan akhirnya ada yang sudi tunjukkan jalan. Dia nyatakan dia terkeliru sebab tiada mesej yang sampai. Apa-apa pun, akhirnya kami bertemu. Banyak yang kami bualkan. Bagaikan tak nak berhenti. Padahal masing-masing sudah tahu yang esok Subuh awal. Saya ingin kongsikan banyak perkara sebab ikut perancangan saya, esok saya sudah ingin t...

Tidur di luar?

11 Ogos 2009 Selesai solat saya tunggu Tarmizi di biliknya. Barang-barang semua saya dah kemaskan. Tak lama kemudian Tarmizi muncul dan ajak makan nasi. Ada dua jenis nasi yang Tarmizi beli. Satu nasi yang dimasak dengan susu masam. Saya sangat berhati-hati dengan benda masam. Lebih-lebih lagi dalam perjalanan seperti ini. Yang satu lagi nasi maqlubah. Yang ini pernah saya rasa di Restoren Hadramaut, Mesir. Saya pilih nasi maqlubah. Tapi saya tak boleh makan banyak, Faiz kata kereta sudah menunggu di bawah. 2.30pm: Seperti semalam, kereta prebet sapu. Selain Faiz ada dua juniornya ikut serta; Hadi dan Hafiz. Kereta meluncur laju dan berhenti isi minyak. Kemudian berhenti sekali lagi untuk urusan pasport. Kami ambil peluang itu untuk tukarkan wang kami ke matawang Syria. Perjalanan diteruskan. 2.50pm: Tiba di sempadan Jordan-Syria. Di sini saya perlu bayar cukai keluar sebanyak JD5 (RM25). Orang agak ramai, maka urusannya agak lambat. 3.15pm: Saya hubungi kawan saya di Syria...

Sepagi di Mafraq

11 Ogos 2009 4.40am: Bangun dari tidur, saya lihat Tarmizi masih tekun membaca. Agaknya dia tak tidur dari malam tadi. Selesai Solat Subuh, saya layari Internet. Kemaskini catatan perjalanan saya dan hubungi beberapa orang kawan yang online. Tarmizi mengambil tempat saya tidur semalam. Dia perlu rehat sebelum masuk ke dewan peperiksaan tengah hari nanti. Saya nyatakan hasrat saya untuk ke Syria pagi ini. Dia cadangkan saya bertolak jam 2.00 petang kerana ada kawannya yang akan ke sana. Dia boleh tunjukkan jalan. Awalnya saya ragu-ragu. Tapi akhirnya saya mengalah. Maka pagi itu saya buat keputusan untuk bersiar-siar sekitar Mafraq. 8.40am: Saya turun ke pasar yang berhampiran. Kedai-kedai sudah dibuka. Namun yang kelihatan hanya sayur-sayuran dan ayam. Saya teruskan berjalan. Semakin lama semakin banyak kedai yang dibuka. Jalan semakin sesak. Saya memilih untuk sarapan ayam golek -- satu hal yang tak pernah saya buat sebelum ini. Tiada apa yang saya beli. Hanya cuci mata, m...