Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Kebuluran di Afrika

Saya baru pulang dari majlis perkahwinan Irfan. Belum ada mood untuk menulis tentangnya kerana masih penat. Namun, ada sesuatu yang menginsafkan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Rutin harian saya, membaca berita Malaysia di Malaysiakini (terima kasih kepada Syeikhul Islami yang menunjukkan laman web ini buat kali pertama) dan mengikuti perkembangan berita dunia di Youtube melalui channel Al-Jazeera English. Hari ini ditayangkan video kebuluran yang sedang melanda di Subsahara, Afrika. Luluh hati melihat perempuan dewasa menangis kelaparan. Kalau ibu-ibu yang tabah pun menangis, apa halnya akananak-anak mereka? Ini tazkirah penting dari Allah Subhanahu wa Taala untuk memperingatkan kita tentang kepentingan berpuasa di bulan Ramadhan. Jika ibadah ini tidak dilaksanakan sungguh-sungguh, kita takkan mampu memahami apa yang mereka deritai. Semoga diri saya dan anda sekelian akan bertambah soleh dari hari ke hari.

Sejarah perkembangan Islam

Rasa tercabar bila ada orang tanya tentang sejarah Islam, tapi tak dapat jawab dengan hati yang tenang. Untuk itu, saya kongsikan di sini nota ringkas yang saya petik dari Wikipedia Bahasa Melayu. Mungkin tulisan ini boleh mencetus rasa ingin tahu kita akan sejarah agama kita. Secara umumnya Sejarah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam telah berkembang secara serius di seluruh dunia. Kerajaan Bani Ummaiyyah, Kerajaan Bani Abbasiyyah, dan Empayar Turki Uthmaniyyah boleh dikatakan penyambung kekuatan Islam selepas pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Khulafa al-Rasyidin 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab. 633M- Pengumpulan Al Quran bermula. 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen m

Peristiwa Isra' wa Mi'raj

Masih berbaki lima hari dalam bulan Rejab. Saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa artikel yang menarik yang berkait dengan peristiwa Isra' wa Mi'raj. Fullfilth membahagikan Peristiwa Isra' wa Mi'raj ini kepada lima bahagian; sebelum, semasa Isra', semasa Mi'raj, selesai munajat dan selepas Mi'raj. 2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan); Peristiwa Israk Mikraj Ustaz Abdul Halim Abdullah pula

Charger bateri dan bateri boleh cas

Peringatan kepada pengguna charger bateri: 1.Gunakan bateri yang sesuai dengan charger. 2. Jangan gunakan untuk bateri jenis lain seperti bateri alkali kerana bateri akan menjadi panas, bocor atau rosak dan boleh mengakibatkan kerosakan harta benda dan kecederaan pada diri. 3. Charger dan bateri akan menjadi panas ketika digunakan. Ia normal. Berhati-hati ketika memegangnya. 4. Gunakan charger dengan betul untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik. 5. Gunakan charger dalam bangunan sahaja. Jangan dedahkan kepada hujan atau salji. 6. Charger semestinya dipisahkan dari sumber kuasa setelah proses mengecas selesai atau ketika charger tidak digunakan. 7. Jangan jatuhkan, letakkan barang yang berat di atasnya, atau mendedahkan charger kepada hentakkan yang kuat. 8. Alatan ini tidak dicipta untuk kanak-kanak atau orang yang cuai melainkan mereka menggunakannya di bawah penyeliaan orang yang bertanggungjawab yang boleh memastikan alat ini digunakan dengan betul dan tidak bermain-m

Ketatkan yang longgar

Alhamdulillah, hari ini dapat pengisian dari kawan yang prihatin. Sudah tiba masanya untuk saya ketatkan beberapa hal yang longgar sebelum ini. Beberapa peristiwa sebelum ini banyak membantu untuk saya mencuba lagi sekali. Jika anda dapat rasakan sebarang perubahan, saya sebenarnya tidak berubah. Saya pernah begini dahulu. Cuma kebelakangan ini saya berubah. Kini, saya ingin kembali seperti dulu. Setelah saya dapat buktikan dengan yakin bahawa bintang akan tetap bersinar walau cahayanya tidak diperlukan di siang hari , saya kembali dengan tagline lama, berubah untuk merubah. Doakan yang terbaik. Amiin ya Rabb!

Pertengahan Julai

Alhamdulillah, kini di pertengahan Julai. Dua minggu akan datang, jadual saya sangat padat. Pada awalnya ia agak membimbangkan. Bila difikirkan kembali, sampai bila harus saya putarkan roda rungutan yang sama. Bila sejuk merungut sejuk. Bila panas merungut panas. Bila lapang merungut bosan. Bila sibuk merungut juga. Maka, alhamdulillah atas ni'mat sibuk. Kerana saya tahu, jika saya tidak sibuk dengan hal yang baik, secara automatik saya akan lakukan hal yang tak baik. Semoga segala yang dirancangkan akan berjalan dengan lancar. Saya sedang mempraktikkan apa yang saya tahu tentang pengurusan masa dan wang. Harap lebih terurus selepas ini. Doakan.

PMPI09: Hari keempat

Imej
Image via Wikipedia Hari terakhir kami di sini.

Pengurusan

Kali ini saya menulis bukan kerana saya tahu. Tetapi kerana saya sangat tidak tahu. Ada dua perkara yang jika kita dapat menguruskannya dengan baik, maka kita sudah berjaya uruskan kehidupan kita dengan baik. Pertama: Duit. Kedua: Masa. Untuk uruskan duit, seseorang perlu tahu berapa duit masuk dalam sebulan dan berapa duit keluar dalam sebulan. Kemudian mengawal aliran tunai tersebut supaya tidak berlaku terlebih berbelanja atau terbeli barang yang tidak perlu. Bagi yang pakar, mereka tahu bagaimana untuk melaburkannya dalam mana-mana perniagaan. Sama halnya dengan masa. Setiap hari manusia akan diberikan 24 jam secara percuma. Maka, orang yang bijak menguruskan masa adalah orang yang tahu mengawal ke mana dia belanjakan jam-jam kehidupannya supaya dia tidak terlebih belanja atau membelanjakannya pada hal yang sia-sia. Sungguh, saya lemah dalam menguruskan kedua-duanya. Dan masih mencuba.

PMPI09: Hari ketiga

Imej
Image by N@G@Ty via Flickr Semua bangun lambat sebab penat.

PMPI09: Hari kedua

Imej
Image by Dany et Maryse via Flickr Hari bermula dengan tenang. Kami bersarapan di tepi pantai. Aktiviti hari ini letih dan basah. Ada sepuluh kumpulan semuanya. Dibahagikan kepada A dan B. Kami kumpulan B. Bererti kami perlu sudahkan permainan bola baling air sebelum bermain bola sepak pantai. Perlawanan dibuat secara liga. Maknanya, setiap kumpulan perlu bermain empat perlawanan untuk setiap permainan. Mujur tak dapat masuk peringkat akhir. Itupun dah penat separuh mati.

Rinduku terubat

Alhamdulillah, semalam sempat saya telefon keluarga di Malaysia. Kina Mula-mula saya telefon Kina. Saya sangka dia di Terengganu. Rupa-rupanya sudah ke UPSI. Dia tanya macam mana nak hubungi K.nor yang kini berada di UK. Saya pun tak tahu. Sebab sehari sebelum itu saya ada sms K.nor dengan nombor yang diberi. Ternyata tiada balasan. Dan sebelum saya telefon Kina saya cuba telefon K.nor, ternyata nombor yang diberi adalah nombor yang salah. A.yed Seterusnya saya telefon A.yed. Tiada jawapan. Seperti biasa saya akan telefon K.bae jika tak dapat hubungi A.yed. Cubaan saya berjaya. A.yed ada di rumah. Kedengaran suara halus Asyraf sedang minum susu. Baba keluar mengajar. Mama dan K.bae sihat-sihat saja. Mama Kami bertukar-tukar cerita. Kemudian telefon diserahkan kepada Mama. Rindu Mama. Dua minggu lebih tak telefon. Biasanya saya akan cuba telefon seminggu sekali. Ternyata Mama tunggu panggilan saya. Kebetulan dua minggu lepas agak kalut dan kewangan agak sesak. Alhamdulillah, sekarang se

PMPI09: Hari pertama

Imej
Image via Wikipedia Kami singgah di masjid di pertengahan jalan untuk solat Subuh. Kemudian ke Pantai Ageba. Kami sarapan dengan roti untuk dimakan dengan jem, lensyun (kepingan daging kisar), keju dan coklat. Selesai sarapan, semua ke tepi pantai untuk acara seterusnya.

PMPI09: Permulaan

Imej
Image by express000 via Flickr Saya diberitahu tentang kumpulan saya dua minggu sebelum Perkhemahan Musim Panas ISMA-Mesir 2009 bermula. Saya dipilih menjadi ketua kumpulan Mesra. Bilangan pertama dalam senarai. Kumpulan lain sudahpun buat perjumpaan kumpulan. Kebetulan saya ketika itu sangat terbeban dengan urusan peribadi. Saya buat keputusan akan selesaikan urusan kumpulan seminggu lagi. Bererti seminggu sebelum PMPI09 bermula. Ternyata keputusan itu bukanlah keputusan yang terbaik yang boleh saya buat ketika itu.

Warna Pelangi

Pembaca berita: Berita tergempar tentang fenomena alam yang ganjil semakin tersebar di sana sini. Setelah hujan renyai-renyai pagi tadi, penduduk sekeliling tercari-cari pelangi yang biasanya muncul di tengah panas setelah hujan. Apa yang sudah terjadi? Di manakah pelangi? Narrator: Kisah ini kisah warna. Merah rupa-rupanya sedang berada di gurun. Selesa di sana katanya. Sesuai dengan jiwanya yang agresif, panas dan pantas. Dia membakar pasir-pasir gurun hinggakan kulit pelancong-pelancong yang putih-putih terbakar menjadi merah. Jingga pula berada di pertunjukan fesyen untuk memperagakan fesyen terkini musim panas. Tahun lepas dia sudah memenangi anugerah feseyen terbaik peringkat cakerawala. Kerlipan flash kamera menyimbahi wajahnya. Para wartawan berebut-rebut menemuramah untuk publisiti. Lain pula halnya dengan kuning. Dia baru sahaja menandatangani kontrak sebaga maskot DiGi. Sungguhpun mesra, namun ramai yang rimas dengan kehadirannya. Dialah penghubung bicara, dia juga

Laporan Jun 2009

10 artikel yang dikunjungi paling kerap sepanjang Jun 2009: 1. Doa lembutkan hati anak 2. Al-Fatihah buat Saudara Ammar 3. Rukun Islam dan rukun Iman 4. 5 rukun khutbah Jumaat 5. Padah gopoh 6. Laporan Mei 2009 7. Perkembangan teknologi komunikasi 8. Sebuah laptop sebuah cerita: Compaq Presario V3000 9. Pakcik 10. Satu lagi tazkirah buat hari ini 10 blog yang menyumbang kunjungan yang tertinggi ke blog ini sepanjang Jun 2009: [+3] 1. Raqaiq [+4] 2. Mairanai Story (berpindah ke Maizatul Ranai ) [-2] 3. Cucu Dagang [+5] 4. Wahyu Suci [+5] 5. Aiyrie [-3] 6. Pena Hafiy [baru] 7. Wardah 1303 [-1] 8. Azan Subuh Khamis [baru] 9. Kembara Mursyid [baru] 10. Jelajah Mesir Kepada pemilik-pemilik blog di atas boleh paparkan Anugerah Blog Pilihan Jun 2009 dengan menggunakan kod di bawah: <a href="http://rdhanz.blogspot.com/2009/07/laporan-jun-2009.html"><img src="http://i182.photobucket.com/albums/x158/rdhanz/jun-2009.png" border="0"></a> F