Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Penghujung Mei

Selamat tinggal, Mei. Selamat datang, Jun. Mei kali ini memang luar biasa. Sangat-sangat menguji saya sebagai seorang manusia. Terkadang kita betul. Terkadang kita silap. Kita belajar dari pengalaman. Silap sekali kita boleh maafkan diri sendiri. Kalau silap lagi, tanggung sendiri. Imtihan semakin dekat. Doakan saya dan kawan-kawan!

Majlis wida Salman dan Fahmi

Dua hari lepas ada majlis wida di Dewan Jawa Barat. Majlis wida adalah majlis perpisahan. Entah ini majlis wida yang ke berapa yang saya hadiri. Setiapnya mewakili perasaan yang berlainan. Majlis kali ini buat saya termenung panjang. Sebelum majlis dan selepas majlis. Sebelum majlis saya termenung panjang sebab saya diminta untuk memberi ucapan. Saya masih belum terbiasa memberi ucapan. Apatah lagi di hadapan khalayak yang ramai. Gugup. Selepas majlis buat saya termenung atas banyak perkara. Tentang perubahan yang akan berlaku setelah ketiadaan dua sahabat yang sekian lama ada di sekeliling; Ustaz Salman Al-farisi Selamat dan Ustaz Fahmi Bazlan Muda. Dua-duanya benar-benar orang yang dirasai kewujudannya. Pasti rasanya tak sama. Juga tentang perubahan yang telah berlaku sepanjang berada di Mesir. Dalaman dan luaran. Terlalu banyak yang telah berlaku. Apa-apa pun, selamat meneruskan perjuangan. Malaysia cabaran sebenar. Mesir hanyalah medan latihan.

Tanggungjawab sosial

Ada satu laptop di Roxy. Hantar pada authorized dealer. Sampai hari ini belum telefon. Di Technology Mall pun ada hantar satu laptop. Tempat biasa hantar. Tapi kali ini luar biasa lambatnya. Kalau pergi sebelum dia telefon, kita pula yang dimarahnya. Mungkin bukan marah. Tapi jiwa Melayu mentafsirkan begitu. Dalam bilik ada satu lagi laptop. Sedang cuba untuk faham apa masalahnya yang sebenar. Dan sebuah printer. Tak tersentuh lagi. Oh, hampir terlupa. Juga ada sebuah netbook yang dianggap sudah tak ada harapan. Tapi saya nak cuba satu cara lagi. Rasa agak overwhelming sebab sekarang musim imtihan. Selagi perkakas-perkakas ini tidak sampai pada tangan tuannya, selagi itu saya tak senang duduk. Tanggungjawab sosial. Bukan bisnes sangat pun. Dulu saya pun tak begitu aktif membaiki. Komputer sendiri pun sudah banyak masalah. Tapi, masa duduk serumah dengan Ustaz Salman Abdul Rahman, dia ada sebut, "Kesian pada orang yang buntu, tak tahu nak buat apa." Ya,

Sedar

Musim imtihan menyedarkan kita banyak benda. Masih banyak yang belum diketahui. Masih banyak yang mesti dikaji. Rasa ini sebenarnya bahan api kepada pengetahuan. Bahan api kepada penerokaan. Bahan api kepada pembelajaran. Saat diri terasa sangat kerdil di hadapan tulisan-tulisan ulama, pembentangan-pembentangan ahli akademik, saat itu kita rasa keperluan untuk kita lebih mendalami setiap aspek dengan teliti. Tanpa perasaan ini, kita akan berasa cukup dapat mendiamkan kawan sekelas, atau teman sebilik ketika berbicara. Sungguh, cara itu sangat dangkal untuk mengetahui tahap keilmuan diri sendiri. Sebab boleh jadi orang diam sebab khuatir terbongkar jahil kita pada waktu yang tidak kena.

Idea oh idea

Idea selalu datang pada waktu yang kurang tepat. Saya tak pasti orang lain. Tapi ini selalu berlaku pada saya. Musim imtihan adalah musim idea datang mencurah-curah. Tapi tak berani nak usik, takut melarat. Ambil masa ulangkaji. Maaflah, wahai idea-idea sekalian. Anda datang pada waktu begini, saya tak mampu untuk melayan. Datang semula sehari selepas imtihan. Kita akan susun dan rancang apa yang kita boleh lakukan bersama-sama. Betullah kata orang tua-tua, "Makin dikejar dunia, makin dia lari. Tapi kalau kita yang lari dari dunia, dunia pula yang kejar kita." Penat sudah main kejar-kejar. Duduk diam-diam sudah...

Malam musim panas

Malam musim panas agak pendek. Bermula sekitar 6.50pm, berakhir sekitar jam 3.10am. Semakin mendekati kemuncak musim panas, ia semakin pendek. Dengan Isya' yang bermula sekitar jam 8.20pm, maka tak banyak benda yang boleh dilakukan. Isunya adalah Subuh esok hari. Kalau pukul 10.00pm belum tidur, seeloknya jangan tidurlah. Buatlah apa-apa yang patut. Kalau terpaksa tidur pun, jangan tidur dengan selesa. Tidurlah atas lantai, atau atas kerusi dsb. Bila matahari sudah naik esok, baru ganti semula. Syuru' sekarang sekitar jam 5.00am. Agak padanlah kalau nak tidur pun. Orang Malaysia jangan tiru. Kalau kalian tidur lepas Syuru' juga, alamatnya tak pergi kerja lah jawabnya.

Tegur

Tak mungkin ada orang yang sentiasa betul. Pasti ada ketika dia berbuat salah. Atau mungkin memilih keputusan yang kurang tepat. Kerana itu penting untuk saling menegur. Tapi, menegur pun ada kaedahnya juga. Janganlah diharapkan terus berubah padahal baru tegur sekali. Tabiat buruk ambil masa untuk terbentuk. Tabiat baik juga ambil masa. Kata Ustaz Qamarul, "Menanam fikrah ibarat menanam benih." Tak boleh tergesa-gesa. Tambah banyak air tak boleh. Tambah banyak baja pun tak boleh. Tambah banyak cahaya matahari pun tak boleh. Kena sabar menunggu. Barulah benih boleh pecah, tumbuh pucuk, jadi batang, keluar daun dan keluar buah. Tapi tegur tetap kena tegur. Tapi kena ada perbincangan lah. Kena ada hujah. Tak ada hujah, tak jadilah.

Berkongsi

Sakinah dan Najibah selamat tiba di Leeds. Alhamdulillah. Tentu Kak Nor dan Abang Tohir seronok. Berada jauh di perantauan buat kita sangat menghargai masa-masa bersama keluarga. Betapa indah pun hidup kita, kita tetap perlukan ruang untuk berkongsi keindahan itu dengan orang lain. Kerana meter kegembiraan seseorang itu mudah untuk penuh. Bila sudah tiba takat maksimum, ia tak boleh bertambah lagi. Tepu. Tapi, jika dia salurkan pada orang lain, maka dia dapat kecapi setiap jenis kegembiraan yang datang. Begitu juga dengan kesedihan. Kadang-kadang kita cuma perlu ruang untuk meluahkan.

Evolusi duit

Sebelum sistem wang diperkenalkan, manusia bertukar barang menggunakan sistem barter. Tukar suka sama suka. Oleh kerana sistem ini ada banyak masalah, terutama dalam menyesuaikan nilai antara barang yang berbeza, maka sistem wang diperkenalkan. Emas dipilih sebagai perantara yang paling sesuai selain perak dan boleh jadi logam-logam lain. Maka ketika zaman Khilafah Islam, sistem dinar dan dirham diperkenalkan. Apabila khilafah dijatuhkan dan Barat mula mengambil alih, mereka memperkenalkan duit kertas. Ia disandarkan pada nilai emas. Cuma dibawa dalam bentuk kertas. Ia tidak diterimapakai dalam tempoh sekelip mata. Tapi melalui proses demi proses. Akhirnya seluruh dunia menerima sistem ini. Kemudian mereka memperkenalkan duit plastik. Atau lebih dikenali sebagai kad kredit. Sungguhpun semua orang tahu keburukkan kad kredit yang boleh membawa pemegangnya ke arah muflis, tapi rata-rata anak muda sekarang yang baru bekerja sudah memiliki kad kredit masing-masing. Ia tidak

Orang tak solat

Kak Wa tanya saya satu soalan, "Apa pendapat kamu tentang orang yang baik kelakuannya, tapi tak solat." Kebetulan saya pernah fikir soalan ini, saya jawab dengan pantas, "Orang baik yang rugi." Saya begitu yakin dengan jawapan saya sebab saya sudah fikirkannya dengan dalam-dalam. Kerana walau sebaik manapun seorang itu, kalau tak solat, tak ada gunanya. Rugi. Solat adalah amalan yang paliang baik yang seorang itu boleh lakukan. Kalau dia tak solat, dia telah meninggalkan satu amalan yang paling baik. Kerana itu saya simpulkan dia sebagai orang baik yang rugi. Tapi Kak Wa kata, "Itu pemikiran sekular." Katanya, bagaimana seorang itu boleh dikatakan baik jika dia sanggup menderhakai Tuhan? Orang baik tempatnya syurga. Orang jahat tempatnya neraka. Orang yang tidak solat tempatnya neraka. Maka dia adalah orang jahat. Kami berhujah agak panjang. Kesimpulan saya dari perbualan itu adalah, pendapat 'baik tetapi rugi' itu dikira sebagai cuba

Ukhuwwah

Ramai mula menyedari kepentingan ukhuwwah. Jika anda belum menyedarinya, anda perlu cepat-cepat berbuat demikian. Rasa sayang pada saudara seagama bukan pada kata-kata, tapi pada apa yang anda rasakan dalam hati. Saya ada satu eksperimen yang ingin saya kongsikan dengan anda. Jika anda keluar rumah hari ini, dan anda berpapasan dengan saudara seagama anda, pandang matanya beberapa saat dan ucapkan salam padanya. Jika malu untuk sebut, ucapkan dalam hati. Jangan tenung lama-lama, nanti orang akan curiga. Dan saya tak syorkan anda lakukan pada saudara seagama yang berlawanan jantina dengan anda. Apatah lagi yang seusia. Takut ada yang tergoda.

Bagaikan roller coaster

Kenapakah roller coaster dibina dalam bentuk yang sebegitu? Tidak bolehkah ia dibina lurus dan tiba di penghujung dengan mudah? Jika demikian, ia tidak lagi dinamakan roller coaster. Ia mungkin akan dipanggil sebagai kereta api. Atau tren. Kenapa hidup disusun sebegini? Tidak bolehkah ia disusun dengan lurus dan tiba di penghujung dengan mudah? Jika demikian, boleh jadi ia tidak lagi dinamakan kehidupan. Kalaupun boleh dinamakan sebagai kehidupan, ia adalah kehidupan yang membosankan. Catatlah pengalaman hidup seakan-akan anda sedang menulis sebuah novel. Anda akan faham akhirnya kenapa perlu wujud konflik dan bagaimana anda boleh melaluinya dengan berbekalkan sabar. Nak publish atau tidak, itu terpulang.

Imtihan Fasa 2 Tahun 4 Syariah Al-Azhar Kaherah

20/6 - Quran 23/6 - Fiqh Muqaran 27/6 - Hadith Ahkam 30/6 - Usul Fiqh 04/7 - Bahas Qadhaya 07/7 - Qadhaya 11/7 - Fiqh Doakan kejayaan kami. P.s.: Kakak, tolong tampal besar-besar di tempat solat di rumah. :)

Malaysia di ambang pilihanraya

Kerajaan nampaknya tidak mahu mengalah dengan mudah di saat pakatan pembangkang meraih populariti. Pilihanraya sepatutnya menguntungkan rakyat. Pihak-pihak yang bertanding sepatutnya menawarkan manfaat untuk rakyat dan rakyat memilih berdasarkan apa yang mereka tawarkan. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah rakyat tersepit antara dua kemudaratan. Hingga neraca pemilihan sekarang adalah pihak yang mana kurang mudarat. Bukan yang mana beri lebih manfaat. Rakyat perlu bersedia untuk dua kemungkinan. Walau siapapun yang menang, rakyat perlu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Hingga kerajaan perlu berubah mengikut selera rakyat. Bukan rakyat yang perlu berubah mengikut selera kerajaan. Tugas aktivis Islam adalah memastikan selera rakyat menepati ajaran Al-Quran. Cabaran akan datang akan lebih besar. Kerana jika sungguhpun yang kurang mudarat itu menang, mudarat tetap perlu dihilangkan.

Buruk sangka yang menyesalkan

Sepatutnya, optimis sajalah. Atau diam tanpa komen. Entah kenapa ringan mulut untuk bertanya. Akhirnya ternyata sangkaan saya salah. Tambah lagi apa yang ada dalam benaknya untuk saya beberapa tempoh akan datang menambahkan sesal saya. Sabar itu ketika pukulan pertama. Jika tak mampu telan, tahan dari luahkan. Kerana kata-kata, bisanya terkadang lebih melukakan dari sebarang senjata.

3 tips bentuk self-control

Ada beberapa cara untuk membentuk kawalan diri (self-control) yang baik. 1. Latih Straight forward. Jika ada sesuatu tabiat yang anda ingin tinggalkan, latih diri anda supaya tidak lakukannya. Tapi secara berperingkat. Seminggu, sebulan, dan seterusnya. Apabila cukup tempoh, seminggu sebagai contoh, muhasabah berapa kali anda langgar latihan anda. Cara ini dapat membantu anda mewujudkan komitmen untuk berubah. Sama juga jika anda ingin membiasakan diri anda dengan tabiat baru. Solat berjemaah sebagai contoh. Anda boleh gunakan web app sepeti 42goals untuk membantu anda. 2. Alih perhatian Kaedah yang baik untuk meninggalkan tabiat buruk. Elakkan diri anda dari memikirkan hal tersebut -- rokok sebagai contoh, atau Internet berlebihan -- dengan menyibukkan diri anda dengan perkara lain. 3. Cipta ketakutan This one works both ways. Fikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya anda tinggalkan satu-satu tabiat buruk, atau sekiranya anda tidak memulakan satu-satu tabi

Self-control

Andaikan esok anda mampu mengawal segala benda. Maka apa yang anda ingin lakukan? Kadang-kadang kita terlalu berserah kepada persekitaran untuk menentukan apa yang akan kita lakukan. Padahal dalam masa yang sama, banyak benda yang kita sendiri boleh tentukan. Dan pastinya bukan semua benda. Ini bukan seruan mengajak anda bertawakkal kepada diri sendiri. Tidak sama sekali. Kerana akhirnya, yang Maha Penentu adalah Allah subhanahu wa taala. Tapi ini seruan supaya lebih serius berusaha. Kemudian serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa.

Bangsa agama

Sebelum kedatangan Islam, Melayu dikatakan menganut agama Hindu. Mengubah kepercayaan seseorang adalah tugas yang sukar. Apatah lagi pegangan satu bangsa. Sejarah popular hanya menukilkan secara ringkas usaha pedagang Arab datang ke Tanah Melayu yang membawa Islam bersama barang dagangan mereka. Bagi yang mengkaji dengan lebih lanjut akan temui kisah perjuangan Wali Songo yang berdakwah dengan pendekatan yang pelbagai. Adakah semudah itu Melayu menerima Islam? Tak dapat dipastikan. Ratusan tahun selepas itu, akhirnya Islam sebati dengan Melayu hinggakan tidak perlu disebut Melayu Muslim sebagaimana disebut Cina Muslim dan India Muslim. Ini kerana Melayu sudah diterima umum sebagai bangsa agama bagi Islam sebagaimana Arab dan Turki. Mungkin kerana kita tidak tahu sejarah perjuangan orang lama, maka kita hanya terima seadanya apa yang kita punya. Tidak berusaha untuk mempertahankannya. Apatah lagi untuk mengembangkannya. Cuma kadang-kadang kita melenting bila musuh mencucuk t

Guru

16 Mei, Hari Guru. Hari untuk para pendidik rasa diraikan dan dihargai. Memang mereka selayaknya diraikan dan dihargai. Bukan sekadar pada hari ini, bahkan setiap hari. Saya kalungkan jutaan terima kasih buat para pendidik terutama di PASTI, SKTJ, SMKATJ dan SMAASZA. Saya tak dapat bayangkan hidup saya jika saya tak tahu membaca, menulis dan mengira. Dan saya sedar, mereka mengajar saya lebih dari itu.

Facebook + Bing

Semasa mula-mula diperkenalkan, ramai yang sangsi dan mengelak dari menggunakannya. Apabila ia jadi fenomena, semua orang seakan-akan terpaksa menggunakannya. Atas pelbagai alasan. Kini, hampir semua orang tahu apa itu Facebook. Sejumlah besar dari mereka mempunyai akaun Facebook masing-masing. Kini dengan integrasi antara Facebook dan search engine Bing, ruang privasi online anda semakin sempit. Saya cuma ingin ingatkan, selain tanggungjawab syarikat untuk menjaga maklumat peribadi anda dari jatuh ke tangan pihak yang salah, anda juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peribadi anda setakat yang anda mampu.

Bahang imtihan

Bahang imtihan makin terasa. Tadi saya dapatkan kernih (kad matrik) versi plastik, ganti kepada versi kad manila yang diberikan awal tahun tempoh hari. Doktor (pensyarah) mula beri bayangan soalan dan pelajar-pelajar bertukar-tukar maklumat selepas kelas. Doakan semuanya ditunjukkan jalan.

25

12 Mei lepas hari lahir saya. Terima kasih pada yang ingat. Pada yang tak ingat, tak ada masalah. Saya tak sambut pun. Saya lebih suka sambut hari lahir hijri saya, 2 Ramadhan. Kebetulan pada 12 Mei, Blogger ada masalah selama 20.5 jam. Hari ini baru berpeluang untuk menulis. Saya berharap, sebagaimana harapan harian saya; moga hari ini lebih baik dari semalam. Setiap detik itu peluang, jangan sia-siakannya. *senyum*

Perlu Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar -- Ustaz Fauzi Asmuni

"Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisi-Nya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan." Sumber Alhamdulillah. Terbit di saat yang tepat. Terima kasih, Ustaz!

Kevin Rose Talks To Brian Wong of Kiip.me - Foundation

Imej
Banyak benda boleh dipelajari dari interview ni. Antaranya, macam mana nak buat network, apa yang perlu difikirkan sebelum present dan kepentingan sentiasa belajar dan rendah diri.

43 - 38

Dah 43 hari. Masa berlalu cepat. InsyaAllah, imtihan bermula 18/6. Ada lagi 38 hari. 38 hari untuk semua benda. Doakan. والله المستعان